"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Thursday, December 30, 2010

todays asbabun nuzul (15): cara berdoa..

Al-A'raf : ayat 205 ~ 206
" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lalai. Sesungguhnya orang2 yang ada di sisi Tuhanmu tidak merasa enggan untuk menyembah Allah dan mereka mensucikan-Nya dan hanya kepada-Nya mereka bersujud. "

asbabun nuzul : Abu Musa al-Asy'ari memaparkan bahawa suatu ketika, para sahabat Rasulullah mengeraskan suara dalam berdoa. Rasulullah kemudian bersabda, "Wahai umat manusia, pelankan suaramu! Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Zat yang tuli dan bukan yang ghaib. Sesungguhnya Ia adalah Zat Maha Mendengar dan Mahadekat." Maka itu, turunlah kedua ayat ini. (HR.Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 28, 2010

today's cha habaq mai (14) : 7 billion

menurut NatGeo, pada penghujung 2011, kita adalah salah sorang drpd 7 billion (7,000,000,000) orang di atas muka bumi ni ( dah lama NASA tak hantaq Apollo pi bulan, kalau tidak kurang 3.. ). Besaq mana 7 billion ni, jom kita lihat fakta2 dari NatGeo ni...
1) perlu masa 200 tahun kalau nak bilang kuat2 1 sampai 7 billion
2) boleh pusing dunia 133 kali pusingan dgn 7 billion langkah..
3) pada tahun 1800, penduduk dunia ada 1 billion, 130 tahun kemudian pada 1930 ada 2 billion, 1960 ada 3 billion, 1974 ada 4 billion, 1987 ada 5 billion, 1999 ada 6 billion, 2011 ada 7 billion, 2045 mungkin ada 9 billion..
4) setiap saat lebih kurang 5 orang bayi dilahirkan, dan lebih kurang 2 orang meninggal dunia..
5) pada 2010, purata jangka-hayat adalah 69 tahun, pada 1960 adalah 63 tahun. so manusia sekarang hidup lebih lama dan dunia semakin padat.
6) bermula 2008, lebih ramai orang dok di bandar berbanding kawasan pendalaman
7) `megacity` adalah bandar yg berpopulasi lebih dari 10 juta orang, pada tahun 1975 cuma ada 3 `megacity`, Mexico City, Tokyo, dan New York City, sekarang ada 21 `megacity`, dan menjelang 2050, 70% daripada kita akan dok di `megacity`.
8) tapi 7 billion ni sebenarnya tak makan ruang sangat, kalau semuanya berdiri berlaga bahu pun, kita cuma akan penuhkan bandar Los Angeles sahaja.. so bukan ruang yg jadi isunya, isunya adalah `keseimbangan`.. sebab, 5% drpd kita guna 23% sumber tenaga dunia, 13% tak ada sumber air bersih, 38% tak ada sistem jamban yg cukup & sempurna..
9) 7 billion orang bercakap dalam 7000 bahasa & tinggal di 194 negara

so NatGeo kata ada 7 billion reasons to think about 7 billion..

Monday, December 27, 2010

today`s asbabun nuzul (14) : memaafkan...

Al-A'raf : ayat 199
" Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf*, serta jangan pedulikan orang2 yg bodoh**."

asbabun nuzul : 'Uyainah menjelaskan bahawa pada suatu waktu, org2 musyrikin Mekah telah menyakiti hati Rasulullah selama 10 tahun. Saat Rasul hijrah ke Madinah, baginda hendak membalas dendam terhadap mereka dgn mengadakan rencana penyerbuan ke Mekah. Maka itu, turunlah ayat ini. (HR.Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim)

* sesuatu yg baik
** jahil

Saturday, December 25, 2010

today`s asbabun nuzul (13) : mencaci berhala

Al-An'am : ayat 108
" Dan janganlah kamu memaki sesembahan yg mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan, tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yg telah mereka kerjakan."

asbabun nuzul :
Ibnu Abbas menuturkan bahawa mencaci maki berhala, yg menjadi sesembahan kaum kafir, telah menjadi kebiasaan kaum Muslim. Kerana itu, orang2 kafir datang kepada Rasulullah dan berkata, `Hai Muhammad, hentikan caci maki kalian terhadap tuhan kami ! Atau kami berbalik mencaci maki Tuhanmu.` Maka itu, turunlah ayat ini yg melarang Rasul dan kaum Muslim mencaci maki para berhala yg menjadi sesembahan kaum kafir. (HR.Abdurrazaq).

Friday, December 24, 2010

today`s asbabun nuzul (12) : orang kaya orang miskin

Al-An`am : ayat 53
" Demikianlah, Kami telah menguji sebahagian mereka (orang yg kaya) dengan sebahagian yang lain (orang yg miskin), agar mereka (orang yg kaya itu) berkata, `orang2 semacam inikah di antara kita yg diberi anugerah oleh Allah?' (Allah berfirman), 'tidakkah Allah lebih mengetahui tentang mereka yg bersyukur (kepada-Nya)? "

asbabun nuzul : Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, " suatu hari, enam org sahabat, di antaranya aku dan Abdullah bin Mas'ud, sedang berada di samping Rasulullah. Saat itu, para kafir Quraisy berkata kepada Rasul, `Usir mereka! Sesungguhnya kami sangat malu menjadi pengikutmu jika pengikutmu seperti mereka yg hina itu.` Rasul merasa sakit hati. Kerana itu, turunlah (kedua) ayat ini yg melarang kaum Muslim menilai mertabat seseorang dan membezakan pangkat dan kedudukan dalam pergaulan." (HR.Ibnu Hibban dan Hakim)

Thursday, December 23, 2010

today`s asbabun nuzul (11) : insya-Allah...

Al-Kahf : ayat 23~24
" Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,`Aku pasti melakukan itu besok pagi,`. Kecuali (dengan mengatakan), `Insya-Allah.`, Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah,`Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menerangkan bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dgn jawapan tergesa Rasulullah ketika orang2 Quraisy datang dan bertanya kepada baginda tentang kisah para pemuda zaman dahulu yg tertidur di gua (Ashhabul Kahfi). (HR. Ibnu Ishaq)

Wednesday, December 22, 2010

today`s asbabun nuzul (10) : jgn menghina & mencela

Al-Hujurat : ayat 11
" Wahai orang2 yg beriman ! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yg lain, (kerana) boleh jadi mereka (yg diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yg mengolok-olok), dan jangan pula perempuan2 (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yg diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yg mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar2 yg buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yg buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang2 yg zalim."

asbabun nuzul : Abu Jubair Ibnu Dhahak menegaskan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dgn seorang lelaki yg mempunyai dua atau tiga nama. Dia dipanggil dgn nama tertentu, agar orang itu tidak senang dgn panggilan itu. (HR.Tirmidzi)

Tuesday, December 21, 2010

today`s asbabun nuzul (9) : halaalan thoyyiba..

Al-Ma'idah : ayat 87~88
" Wahai orang2 yg beriman ! Janganlah kamu mengharamkan apa yg baik yg telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yg melampaui batas. Dan makanlah dari apa yg telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yg halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yg kamu beriman kepada-Nya. "

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menuturkan, bahwa kedua ayat ini diturunkan sehubungan dgn seorang lelaki yg suatu ketika datang kpd Rasulullah dan berkata,"Wahai Rasulullah, jika aku makan daging, syahwatku akan meninggi terhadap wanita. Maka itu, aku mengharamkan daging atas diriku." (HR.Tirmidzi) ;
Ibnu Abbas menjelaskan, bahwa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dgn 10 org sahabat, di antaranya Utsman bin Mazh'un dan Ali bin Abu Thalib, yg telah bersepakat utk menjauhi berhubungan dgn isteri, tidak makan daging, dan tidak makan sesuatu kecuali sekadar penguat badan. (HR.Ibnu 'Asakir)

Monday, December 20, 2010

(kesihatan) : mencegah serangan jantung

Pengkaji2 dari Itali berkata, kalau `heart rate` kita dlm keadaan rehat adalah lebih drpd 70 beats per minit (bpm), risiko kita mati sakit jantung akan naik sebanyak 78% (sekadar kajian, apapun ajal Tuhan yg tentukan..). Kalau nak tau berapa `resting heart rate` kita, waktu terjaga dari tidur pagi2 tu, sebelum turun dari katil, sila kira kadar denyutan nadi kat pergelangan tangan selama seminit. Buat selama 3 hari dan kira purata berapa. Biasanya lebih kurang 70 bpm, tapi bagi atlit pula biasanya lebih rendah. Manakala, kalau nak tau heart rate maksima pula, kita kira 220 tolak berapa umur kita ..

Ini antara petua2 utk turunkan heart rate kita..

1) `serang` jantung kita. Sebelum diserang, kita serang dulu. contoh, kalau pi jogging, jangan sekadar lari slow2 saja, sekali sekala cuba pecut. Jantung kita akan jadi lebih efektif dimana `dia` akan jadi lebih terlatih dalam mengurangkan kadar degupan utk mengalirkan darah ke seluruh badan. Salah satu cara nak training `dia` yg disyorkan adalah, dgn gunakan heart rate monitor, cuba lari pada kadar 90% rate maksima bpm kita selama 4 minit, kemudian jogging pada kadar 70% selama 3 minit, ulang set tadi sebanyak 3 kali, dan 3 kali seminggu.

2) urut mengurut ... `massage` dapat menenangkan degupan jantung. Perasaan rileks tu dapat mengurangkan penghasilan hormon2 stress seperti adrenalin. Menurut kajian, secara puratanya sesi urut refleksologi ( tangan @ kaki ) selama sejam dapat mengurangkan bpm sebanyak 8 bpm.

3) tidur yg nyenyak.. tidur malam yg terganggu dgn bunyi bising kat luar boleh meng`havoc`kan `heart-rate` kita. Menurut satu kajian yg dibuat di Australia, setelah dikejutkan beberapa kali dgn bunyi ,`heart rate` orang tersebut meningkat mendadak dgn kadar 13 bpm.

4) jangan tahan, lepaskan jer... satu kajian di Taiwan mendapati, melalui ujian terhadap 40 org yg menghadapi simptom2 awal sakit jantung, bahawasanya, apabila menahan drpd membuang air kecil, secara puratanya `heart rate` akan meningkat sebanyak 9 bpm. Apabila pundi kencing mengembang, isyarat `menahan` ini membuatkan `nervous` sistem kita akan terganggu, di mana jantung akan berdegup lebih pantas akibat drpd pengecupan saluran2 koronari kita.

5) minyak ikan.. kajian oleh UCLA mendapati, dgn pengambilan 1 g kapsul minyak ikan setiap hari salama 2 minggu dapat mengurangkan `resting heart rate` sebanyak 6 bpm. Minyak ikan membantu jantung kita ber`respon` lebih baik dgn saraf vanus, di mana saraf ini mengawal kadar degupan jantung kita.

maka sayangilah jantung kita....

* sumber : Men's Health, edisi June 2008.

Sunday, December 19, 2010

today's asbabun nuzul (8) : berangsur angsur

Al-Furqan : ayat 32
" Dan orang2 kafir berkata, "mengapa al-Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekaligus?" Demikianlah agar Kami memperteguh hatimu (Muhammad) dengannya dan Kami membacanya secara tartil (berangsur-angsur),perlahan dan benar).

asbabun nuzul : Ibnu Abbas memaparkan, bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dgn kaum Musyrikin yg suatu hari berkata, "Jika Muhammad memang seorang Nabi seperti pengakuannya, tentu Allah tak akan menyiksanya dgn menurunkan al-Qur'an ayat demi ayat. Namun, Allah menurunkan al-Qur'an sekaligus." (HR. Ibnu Abi Hatim, Hakim, dan Adh-dhiya').

Wednesday, December 15, 2010

today's asbabun nuzul (7) : tayamum

Al-Ma'idah : ayat 6
" Wahai org2 yg beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, ........ , maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dgn debu yg baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dgn (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur."

asbabun nuzul : Aisyah berkata, "Kalungku terjatuh di tengah padang pasir saat kami pulang ke Madinah. Rasulullah menghentikan untanya, kemudian turun utk membantu mencari kalungku. Kemudian, baginda istirehat dan tertidur di pangkuanku. Abu Bakar* datang menamparku dan berkata, `Kamu telah menelantarkan org2 hanya kerana kalungmu.` Tak lama, waktu solat Subuh pun tiba. Rasul terbangun dan berusaha mencari air utk berwudhu. Namun, baginda tidak menemukan air. Lalu, turunlah ayat ini." (HR.Bukhari)

*Abu Bakar : bapa Aisyah

today`s asbabun nuzul (6) : bangkai

Al-Ma'idah : ayat 3
" Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yg disembelih bukan atas (nama) Allah, yg tercekik, yg dipukul, yg jatuh, yg ditanduk, dan yg diterkam binatang buas, kecuali yg sempat kamu sembelih, ... "

asbabun nuzul : Hibban bin Hajar menjelaskan, bahawa kami bersama Rasulullah ketika aku sedang memasak daging bangkai. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan ayat ini yg isinya adalah mengharamkan bangkai. Setelah itu, aku menumpahkan periuk yg berisi daging bangkai itu. ( HR.Ibnu Mandah )

Tuesday, December 14, 2010

(psikologi) : mmbaca body language (3) - she's into you..

utk lelaki2 yg pertama kali keluar date dgn si dia.. adakah dia betul2 suka kat kita..? peratikan `tanda2` ni..

1) senget @ miringkan kepala : dia suka kat kita
:- tak kira samada ke kanan, ke kiri atau ke bawah, tandanya dia selesa dgn seseorang lelaki yg dia lihat atau yg berada di depan dia.

2) meniru perbuatan kita : dia suka kat kita
:- semulajadinya, bila dia betul2 tertarik dgn kita, secara tak sedar dia akan `ikut` apa yg kita buat, cth, kalau kita angkat cawan & minum, dia pun akan buat sama, kalau kita kelip2kan mata, dia pun kelip2 jugak. nak try? cuba bongkokkan & rapatkan sikit badan ke depan, tengok reaksi dia macamana...

3) main2 @ pintal2 rambut bila bercakap dgn kita : dia suka kat kita
:- sejak azali, rambut adalah simbol kecantikan & kuasa perempuan. Bila dia mula main2 rambut dia bila bercakap, itu tandanya dia nak tarik perhatian kita. Tapi kalau yg bertudung pulak, kalau sikit2 dok perbetul tudung, atau pintal2 hujung kain tudung pun boleh termasuk dalam kategori ni jugak.

4) muka dia (pipi) jadi merah2 : dia suka kat kita
:- muka jadi merah2 selalunya dikaitkan dengan malu, tapi jgn anggap dia tak selesa dgn kita. Perempuan bila suka atau tertarik dengan seseorang, darahnya banyak akan mengalir ke muka, yg mana akan buatkan pipinya jadi merah. Malah, kadang2kala bibir dia pun boleh jadi merah & `penuh`.

5) anak mata dia mengembang : dia suka kat kita
:- peratikan anak mata dia. secara semulajadi anak mata kita akan mengembang bila kita nampak benda yg menarik, supaya apa yg kita nampak tu lebih banyak `masuk`..

tapi kalau,

6) dia menyilang tangan berpeluk tubuh : dia tak suka kat kita
:- loud & clear, peluang tertutup. tutup buku.

7) dia letak handbag & purse antara dia dan kita : dia tak berapa mau kat kita
:- boleh ditafsirkan sebagai dia cuba meletak satu barrier atau jarak antara dia dgn kita. petanda tak baik....

8) bercakap dgn laju : dia tak berapa minat kat kita
:- jgn cepat2 anggap dia suka bercakap dgn kita, tengok sama kelajuan dia bercakap. kalau mula2 tu mungkin dia nervous, tapi kalau sampai kesudah pun dok cakap laju jugak, maknanya mungkin dia hanya mau `berkawan biasa` saja dgn kita. sebabnya, perbualan antara dua org yg masing2 terpikat antara satu sama lain biasanya akan lebih slow & `tone`nya lebih lembut..

9) senyum dgn dagu terangkat : dia tak minat kat kita
:- senyum boleh bawak macam2 makna. senyum yg rileks, lembut dgn dagu tak diangkat (jatuh) maknanya dia berminat dgn kita, sebaliknya bila senyum tersengih @ senyum `kontrol` @ senyum penuh, selalunya dgn dagu terangkat, maknanya dia tak berminat sangat dgn kita la tu..

10) menggosok2 leher : dia tak minat dah ?
:- bila dia kata, `nanti la bila2 jumpa lagi`, sambil gosok2 @ usap2 leher, boleh bawa dua makna, memang betul dia nak jumpa, atau tanda2 dia tak bercakap benar. nak tau yg mana satu ? kena la perati 9 tanda2 tadi so boleh la agak yg mana satu dia betul2 maksudkan....

selamat mencuba. aku? takleh cuba dah, dah expired....

sumber : Yahoo!

Friday, November 26, 2010

today`s cha habaq mai (13) : jangan cabar Allah

lebih kurang begini : " azab diturunkan kpd umat2 terdahulu sbgai balasan atas2 dosa2 mereka. pernyataan seperti `kami bersedia utk gelombang kedua` adalah satu pernyataan yg kurang ajaq, seolah2 mencabar kuasa Tuhan. inilah jadinya kalau kita menafsirkan banjir baru2 ini sebagai `bencana alam` bukan `bala bencana`. kita jadi tak sedar, malah masa banjir tu pun di tempat2 penempatan banjir sekalipun masih ramai yg lalai tak solat & tutup aurat. sedangkan banjir itu adalah peringatan atas dosa2 kita. "
tazkirah Subuh, oleh imam masjid Padang Katong,Kangar. Jumaat, 26 Nov.'10.

Sunday, August 22, 2010

today`s asbabun nuzul (5) : kerajaan syurga

Al-Insan : ayat 20
" Dan apabila engkau melihat (keadaan) di sana (syurga), niscaya engkau akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yg besar "

asbabun nuzul : Ikrimah memaparkan bahwa suatu hari, Umar bin Khaththab menemui Rasulullah yg ketika itu sedang tidur beralaskan pelepah kurma, sehingga bekasnya terlihat di badan baginda, Melihat hal itu, Umar pun menangis. Rasul bertanya, "Mengapa engkau menangis?" "Aku ingat Kisra dan kekuasaannya, Hurmuz dan kerajaannya, Raja Habsyah dan kekuasaannya, sedangkan engkau adalah utusan Tuhan, tetapi engkau hanya tidur beralaskan tikar," sedih Umar. "Apa engkau tak ridha jika mereka memiliki dunia, sedangkan kita memiliki akhirat?" sabda Rasul. Maka itu, turunlah ayat ini.
(HR.Ibnu Mundzir )

Sunday, August 15, 2010

today`s asbabun nuzul (4) : tinta ilmu

Al-Kahf : ayat 109.
" Katakanlah (Muhammad).`Seandainya lautan menjadi tinta utk (menulis) kalimat2 Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat2 Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).` "

asbabun nuzul : Ibnu 'Abbas memaparkan bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dgn kaum Yahudi yg suatu ketika menyombongkan diri kpd kaum Quraisy, "Kami dikaruniai ilmu yg berlimpah dan diberi kitab Taurat.Siapa yg diberi Taurat,berarti ia diberi kebaikan yg banyak." (HR Hakim).

Sunday, August 8, 2010

today`s asbabun nuzul (3) : rezeki

Ath-Thalaq : ayat 3
" Dan Dia memberikannya rezeki dari arah yg tidak disangka2nya. dan barang siapa bertawakal kpd Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap urusan."

asbabun nuzul : Ibnu Abbas memaparkan bahawa suatu saat, `Auf bin Malik menghadap Rasulullah dan berkata, "Anakku ditawan musuh,dan ibunya sangat sedih.Apa yg harus kulakukan,ya Rasulullah?".Rasul bersabda,"Kamu dan isterimu memperbanyak ucapan `hauqalah` iaitu,`Laa haula wa laa quwwata illaa billaah'. Isteri 'Auf pun berkata, " Alangkah baiknya perintah Rasul itu". Lalu, mereka memperbanyak bacaan itu. Tanpa diduga, suatu hari, musuh yg menawan anak mereka itu lengah. Si anak berhasil melarikan diri dan pulang sambil membawa beberapa ekor kambing milik musuh tadi. Atas hal ini, turunlah ayat ini. (HR.Ibnu Mardawaih).

Tuesday, July 27, 2010

today`s cha habaq mai (12) : 10% drpd 100 ?

terkejut & sedih masa dok belek2 jawapan kertas ujian kemasukan pekerja2 baru lepasan SPM kat tempat kerja aku. Daripada 33 org, ada 21 org (65%) tak mampu jawap soalan, berapa 10% drpd 100 ? .... apa yg tak kena ni...? semuanya Melayu Islam, ke mana hilangnya keupayaan berfikir anak2 muda sekarang ? hilang ka minat nak belajaq ? apa yg depa buat masa sekolah ? ada yg tak kena ka dgn sistem pendidikan kita ? bukan takat soalan tu saja, soalan basic campoq tolak bahagi darab pun ramai yg tak boleh buat, tambah lagi la soalan math subjektif yg perlukan sedikit pemahaman situasi & penyelesaian.... sedih.....

Sunday, July 25, 2010

(psikologi) : mmbaca body language 2 : meja kerja

selain dari "gerak tubuh", kita juga dapat 'baca' seseorang dengan tengok kawasan @ meja kerja dia. Untuk membaca dia punya 'current state of mind`, kita tengok objek2 kecik & mudah yg ada atas meja dia. Benda2 yg macam meja ka, kerusi ka, komputer ka, tak boleh nak diambik kira sangat sebab kekadang tu bukan dia yg punya, kompeni yg bagi.. kalau kita nak tau `pemikiran` @ `tahap mental` dia buat masa sekarang, kita tengok benda2 kat bawah ni ( mungkin ada benda2 ni pemberian ka hadiah ka, tapi seseorang tu takkan pamer hadiah @ barang free unless dia betul2 suka..) :

1) kalendar :
mungkin ada yg dapat kalendar free dari supplier ka mana2 ka, beli sendiri ka, tengok kalendar yg jenis macamana. ada yg suka kalendar yg boleh tulis2 reminder kat kotak kecik ikut haribulan (boleh jadi seorang yg pelupa?, yg concern birthday member?, nak tunjuk hidup dia sibuk:loner? yg terlampau sibuk?); ada yg suka kalendar lumba kuda (nak tau cuti sekolah bila:family-man?, plan cuti kawin? nak plan jalan2?, nak tau posa start bila?, raya bila? yg dok amal `tajul-muluk`:titik kunci ghairah isteri ikut haribulan kalendar Islam?); ada yg suka kalendar gambaq kucing, kartun, model perempuan, selebriti, pemandangan, lukisan, ni semua boleh bagi hint pasal hobi @ passion dia. Jadikan modal untuk mula bersembang dan dari situ sikit2 kita boleh `baca` dia...

2) foto :
foto siapa ? berapa keping? bingkai macamana (murah? moden? berawan larat?), buat wallpaper ka? screen saver ka? foto berposing ka ? kontrol ayu ka? candid ka? berseni ka? semua ni boleh bagi hint. cth, foto anak2 dibuat screen saver @ wallpaper, boleh bagitau kata dia tu boleh jadi seorang yg penyayang,jenis ambik berat & berfikir panjang,kuat semangat, dan berbangga serta happy dengan hidup dia. Foto dia berposing dgn orang terkenal mungkin boleh menggambarkan sifat bangga & pride, ataupun nak tunjuk betapa pengaruh yg dia ada. Semua ni boleh dijadikan pembuka bicara untuk kenal dia dgn lebih rapat..

3) buku2 & bahan bacaan lain :
bahan bacaan yg terselit kat meja @ rak juga boleh men`describe` seseorang tu. Volumes2 berkulit tebal oleh pengarang2 hebat tapi macam tak pernah dibaca di rak2 boleh jadi sekadar `menunjuk2`, ada tak jurnal2 yg berkait dgn kerja? ataupun majalah2 @ tabloid2 yg tak berkaitan dgn kerja? ada tak kitab2 agama?, kamus2? manual2? semua ni bukan sekadar mendedahkan `taste` dia dalam pembacaan, malah turut mendedahkan `attitude` dia terhadap kerja. novel2 & majalah parenting contohnya boleh menunjukkan kadang2 tumpuan dia tertoleh ke arah lain selain dari kerja & `lack of judgement`...

4) hasil @ benda2 seni :
contohnya lukisan, poster, figurin @ model2 mainan. semua ni menggambarkan personaliti, dengan mendedahkan dia punya taste, hobi, minat, malah humor-sense dia. cthnya model2 kereta, boleh gambarkan hobi dia dalam permotoran, ataupun lukisan kartun2 animasi seperti Cinderella @ Snow White, boleh jadi dia seorang yg manja, sukakan perhatian, kreatif ,jujur, dan pada masa yg sama seorang yg tegas (seperti lazimnya sifat anak2 kecil). ataupun model motor harley-davidson @ model gitar, boleh jadi dia seorang yg berjiwa `rockers`. ataupun badge smiley kuning senyum tu, boleh jadi dia seorang yg happy-go-lucky, @ mengambil mudah @ ringan akan sesuatu..

5) tumbuhan & bunga hidup :
orang yg sanggup bersusah payah membela tumbuhan @ bunga hidup di meja dia boleh menggambarkan dia seorang yg sukakan kecantikan, dan sesuatu yg `nature`. Boleh jadi juga seorang yg berseni & pentingkan kesihatan. Tumbuhan dan bunga juga adalah simbol sejahtera, so dia mungkin seorang yg berjiwa terbuka, mesra, tidak suka konflik dan `caring`...

..begitulah serba sedikit petua2 yg boleh kita perhatikan. Ruang meja yg terhad sebenarnya boleh menggambarkan personaliti seseorang. Meja yg kelihatan `kelam-kabut` dan tak terurus boleh mengambarkan sikap yg sama ada tuan punyanya. Malah tak mustahil rumah & keretanya mungkin dalam keadaan yg sama jugak....

Tuesday, July 20, 2010

today`s asbabun nuzul (2) : bangsa & suku2

Al-Hujurat : ayat 13
" Wahai manusia ! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang perempuan, kmudian kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal. Sungguh, yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yg paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti."

asbabun nuzul : Ibnu Abi Mulaikah mengatakan, bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dgn orang2 yg, ketika Bilal naik ke atas Ka'bah utk melaungkan azan setelah peristiwa pembebasan kota Mekah, mengecam Bilal, "bagaimana mungkin budak hitam ini yg mengumandangkan azan di atas Ka'bah?" Sebahagian yg lain berkata, "apakah Allah akan murka jika bukan ia yg mengumandangkan azan?" (HR Ibnu Abi Hatim)

..salah & silap harap diperbetulkan...

Monday, July 19, 2010

today`s asbabun nuzul (1) : makan daging saudara

selalu kita dok dengar petikan ayat2 al-Quran dalam ceramah ka, penulisan ka, ataupun dalam rancangan kat tv @ radio. tapi tau kah kita asal-usul mengapa ayat2 tersebut diturunkan ? melalui topik baru ni, aku nak berkongsi sikit2 apa yg aku tau, apa yg aku jumpa dalam kitab Tafsir Qur'an per kata..

Al-Hujurat : ayat 12.
" Wahai org2 yg beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari2 kesalahan org lain, dan janganlah ada di antara kamu yg mengumpat sebagian yg lain.Apakah ada di antara kamu yg suka memakan daging saudaranya yg sudah mati? Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kpd Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat,Maha Penyanyang"

asbabun nuzul : " Ibnu Juraij menjelaskan, bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dgn Salman al-Farisi. Selesai makan,dia terbiasa segera tidur dan mendengkur.Hal ini menjadi umpatan orang. (HR Ibnu Mundzir)."

....salah silap harap diperbetulkan...

Sunday, July 18, 2010

(fotografi) : seorang penguji

si `penguji`, duduk manadah tangan, melagukan ayat2 suci...
adakalanya mukanya diusapi...seolah2 menangisi, mengundang simpati..
dia mereka lewati, adakalanya berenti, adakalanya diperati... oleh gadis bertopi..
dan adakalanya difotografi.... oleh Ramzani...
adakalanya dia kembali memerhati...
walaupun sentiasa dia mereka kelilingi....
*apa kebendanya aku tulis ni....

lokasi : pasar Ahad Wang Prachan ( Wang Kelian, Perlis ). 18 Julai '10.. PAGIIII...

Saturday, July 17, 2010

today`s cha habaq mai (11) : jgn menghina

satu petang masa dok makan nasi kandaq kat market Kangaq. selang beberapa meja duduk seorang ayah dengan anak. mai la seorang peminta sedekah (agak kurang siuman) yg agak femes dalam Kangaq ni, pi kat meja tadi sambil tunjuk2 1 jari (minta RM1), tapi si ayah tadi balas balik tiru gesture tu sambil gelak2 pandang keliling (nak ajak org gelak sama kut), peminta sedekah tu macam malu2. semua orang buat taktau. si ayah terkedu. peminta sedekah tu pi kat meja lain, orang kat meja tu terus seluk poket, tengok2 ada RM5, terus bagi.. aku tengok si ayah lagi terkedu, kali ni dia pulak malu2.. iktibar utk kita semua, lain kali jangan dok permain menghina orang, tambah2 lagi depan khalayak ramai , tambah2 lagi depan anak2 sendiri...

Friday, July 16, 2010

(agama) : Hadis palsu ( maudhu` )

* Nabi s.a.w. pernah bersabda : (yg bermaksud) "Sesiapa yang berbohong menggunakan namaku maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka" Hadis Sahih riwayat Al Bukhari (hadis no. 1291) dan Muslim ( hadis no. 4).

dulu bila disebut atau baca hadis tu hadis ni, tak penah terlintas kata wujudnya hadis palsu. Hadis palsu ? boleh ada ka ? sapa yang sanggup palsukan hadis?

rupa2nya Nabi s.a.w. pernah bagi amaran :(yg bermaksud) "Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah " Hadis sahih riwayat Muslim dalam pendahuluan Sahih Muslim (hadis no. 15 ).

- bila start mai hadis palsu ni ? : dikatakan bermula pada sekitar 40H, di mana masyarakat Islam time tu dah berpecah & berselisih selepas kejadian pembunuhan Khalifah ke-3, Uthman bin Affan.

- pasai apa depa tergamak buat hadis palsu ni ? : menurut Ali al Qari (1014H),
1) orang yg terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu, sampai lupa tak boleh nak beza antara hadis dgn kata2 orang lain.
2) periwayat hadis yg tak hafal hadis2 depa. bila jadi apa2 kat buku depa, depa tak boleh nak ingat balik dengan tepat pasal hadis tu.
3) orang soleh tapi tersilap sebut hadis sebab terlalu tua & nyanyuk
4) orang yg tersilap meriwayat hadis2 palsu, tapi bila ditegur takmau tarik balik hadis tu sebab sombong.
5) orang yg jahat sengaja nak menyesatkan umat Islam.
6) orang yg taksub dgn mazhab masing2, depa create hadis nak bagi kuat mazhab depa
7) orang jahil, sengaja reka hadis kononnya nak galak orang beribadat & takut maksiat
8) orang yg kata takpa letak sanad (sanad : pengumpul&penulis hadis) pada kata2 yg indah.
9) pengampu yg nak bodek pemerintah
10) penceramah2 yg nak tarik perhatian & nak jadi masyhur dalam masyarakat.

so, depa2 ni memang ada yg dengan jahat & sengaja, dan ada juga yg tersilap @ jahil.

contoh hadis2 palsu yg popular dalam masyarakat kita,

1) " Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China "
2) " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "
3) " Tidur selepas subuh @ waktu pagi menghalang rezeki." ada juga ulama kata hadis ni hadis dhaif
4) Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah yg tak bayar zakat.
5) " Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri." - di kategorikan sebagai hadis dhaif
6) " Kebersihan itu separuh daripada iman." - di kategorikan sebagai hadis yg sangat dhaif.
7) " Perselisihan dalam umatku adalah rahmat."
8) " Sabar itu separuh daripada iman " - di kategorikan sebagai hadis dhaif, kerana dipercayai mai dari Sahabat bukan dari Nabi s.a.w.
9) " Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu." - dikategorikan sebagai hadis dhaif, kerana dipercayai mai dari ulama Tabiin bukan dari Nabi s.a.w.
10) " Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput."

point2 di atas bersumberkan dan aku ringkaskan dari http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis
. kalau nak lebih detail sila pi baca kat sana.

So, kawan2, kadang2 kita terlalu ghairah nak `forward`kan email2 nasihat dan sebagainya, di mana dalam email2 tu ada terkandung hadis2 tertentu. La ni pakat2 berhati2 la, kalau hadis tu tak disertakan periwayatnya @ sanadnya ( cth, al-Bukhari, Muslim dll ), tak payah la nak forward. kalau nak forward jugak, amik inisiatif check sendiri refer kat pakcik `google` ka mana2 ka. Nanti tak pasai2 kita `mendusta` atas nama Nabi s.a.w...

* sedikit panduan pasai periwayat hadis :
1) al-Bukhari : diyakini sahih & hasan
2) Muslim : diyakini sahih & hasan
3) Sunan Ibn Majah : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
4) Sunan Abu Daud : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
5) Sunan al Tirmizi : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
6) Sunan al Nasaai : dikatakan bersih dari hadis palsu

sedikit pemahaman dari aku yg masih belajar. salah & silap harap diperbetulkan..

today`s cha habaq mai (10) : bersangka baik...

masa berenti kat lampu merah tadi, kat depan ada satu motor dua orang naik, yg kat belakang tu pakai seluaq sekerat, nampak betis, peluk orang depan bukan main, macam couple, ingatkan perempuan, perati punya perati, gaya body macam lelaki, takkan... isk tak baik pikiaq bukan2.. buat kesimpulan, orang kat belakang tu sakit kut pening kut, maybe on the way pi klinik, so maybe dia peluk kuat2 tak bagi jatuh moto...try potong tengok (sibukbadan), rupa2nya budak lagi yg kat belakang tu, peluk ayah dia kut, tengok gaya macam tak berapa `sihat`.. nyesal pikiaq bukan2....

Tuesday, July 13, 2010

(agama) : aku Wahabbi ?

kita boleh di`cop` Wahabbi kalau,
1) tolak hadis dhaif
2) semasa wuduk, basuh telinga dengan air basuhan rambut ( sekali harung..)
3) azan jumaat sekali saja, iaitu lepas khatib naik mimbar, dan khatib terus baca berkhutbah lepas azan ( macam masjid kat Perlis )
4) tak baca doa ramai2 antara dua khutbah Jumaat ( macam masjid kat Perlis )
5) tak angkat tangan & aminkan doa imam di akhir khutbah kedua Jumaat
6) tak baca `usolli` sebelum angkat takbir
7) baca `bismillah` pelan sebelum al-fatihah ( macam masjid kat Perlis )
8) angkat tangan paras bahu ( bukan paras telinga ) waktu bertakbir
9) letak tangan atas dada waktu `qiyam`
10) tak baca qunut dalam solat Subuh ( macam masjid kat Perlis )
11) tak tambah `wa bihamdih` dalam tasbih rukuk & sujud
12) tak sapu muka lepas bagi salam (selesai solat)
13) solat terawih 8 rakaat ( macam masjid kat Perlis )
14) tak baca zikir @ selawat antara 2 solat terawih ( macam masjid kat Perlis )
15) tak tambah `saiyidina` dalam selawat
16) menggerakkan jari telunjuk masa tahiyat
17) tak sembahyang sunat lepas azan seblum khutbah Jumaat (macam masjid kat Perlis)
18) tak berzikir, wirid & berdoa ramai2 lepas solat ( macam masjid kat Perlis )
19) tak baca Yasin di malam Jumaat
20) tak guna tasbih
21) tak baca Yasin di malam nisfu Sya`ban
22) tak angkat tangan waktu berdoa ( doa azan, doa makan, doa wuduk, dll )
23) tak sapu muka lepas baca doa
24) tak sokong baca talkin
25) tak buat majlis tahlil & baca Yasin & kenduri arwah
26) tak baca al-Quran di kubur
27) tak mau duduk atas kubur
28) tak berarak sambut Maulidur Rasul
29) tak bermarhaban & berzanji

...kadang2, dalam berbalah & berselisih dalam bab ibadat, kita terlupa sunnah nabi yg lain, iaitu menjaga hubungan baik sesama muslim. Kita dok lawan mengata, mengutuk, bubuh nama panggilan, memperlekeh, dan mengaibkan sesama muslim. Hilangnya adab dalam berselisih pandangan....

today`s cha habaq mai (9) : sabar

" sabar = tahan "
" 4 jenis sabar : 1. sabar daripada musibah / dugaan
2. sabar dalam melakukan ketaatan
3. sabar dalam meninggalkan kemungkaran
4. sabar dengan ketentuan Allah "

- sumber : ustaz Fathul Bahri .. kuliah Maghrib, masjid Behor Temak, 10 Julai'10.

Thursday, June 10, 2010

today`s cha habaq mai (8) : rupa cantik

perelokkanlah akhlak kita, maka eloklah wajah kita.., bersihkanlah hati kita , maka bersihlah wajah kita.., sejukkanlah jiwa kita, maka sejuklah rupa kita...

Sunday, May 16, 2010

(psikologi) : membaca body language 1 - kejujuran

Orang yg jujur & bercakap benar selalunya rileks & open. Tapi orang yg menipu tak boleh nak rileks gelabah jer nampak. Kalau ada nampak tanda2 tension, gugup gelabah, nak berahsia, maknanya mungkin dia tengah cuba nak berbohong. Ada 4 kategori penipu, yg jarang2, yg kadang2, yg memang dah habit, dan yg pro..
Yg memang dah habit & pro payah sikit nak spot tanda2 menipu. Yg mmg dah habit tu dah terbiasa sangat sampai depa tak kisah menipu & kekadang depa tak aware pun yg depa tengah menipu so tanda2 menipu tak kelihatan, yg pro pulak depa rajin berlatih so depa pandai cover tanda2 menipu.
Tapi kebanyakan kita ni jenis orang yg jarang2 & kadang2 menipu so bila kita mula nak menipu maka secara semulajadinya kelihatan la tanda2 menipu seperti ini...
1) mata yg tak tetap, dok tengok merata
2) dok tak diam ada saja dok bergerak kuis sana kuis sini
3) bercakap dengan laju
4) suara tetiba berubah .. shifting key :-)
5) sat bergerak ke depan sat bergerak ke belakang , tak kira la samada tengah berdiri @ duduk
6) nampak nerveous
7) muka dibuat terlebih innocent , tak natural
8) berpeluh
9) menggeletaq
10) cuba nak cover mata, muka, mulut; contohnya lindung mulut masa bercakap, garu2 hidung, mata berkelip2
11) menjilat2 bibir
12) main2 lidah kat gigi
13) badan menyenget ke depan
14) terlebih mesra ( invade space orang ); contohnya tepuk2 belakang, sentuh sentuhan, terlalu merapatkan badan..

Sebaliknya org yg jujur pulak berlawanan dgn traits2 di atas. Depa lebih rileks, mata bertentang mata, senyum depa nampak jujur, mata pun nampak mesra baik, tengok saja pun dah tau depa jujur. Tapi bila sesuatu keadaan tu terlampau `stress`, kadang2 susah nak beza antara, nervous yg real bila cuba mempertahankan sesuatu yg benar, dengan nervous ketidakjujuran. Contohnya bila kita suruh seseorang tu explain pasai apa & macamna dia boleh buat silap, sure dia akan nervous & keluaq tanda2 di atas walaupun dia benar. Ketidakselesaan dlm sesuatu situasi juga membuatkan tanda2 tadi kelihatan.
So untuk bezakan yg mana penipu, kita kena kenalpasti dulu `normal pattern` seseorang tu. Contohnya seseorang yg `pattern` dia rileks bersembang elok2, tetiba mai topik2 @ soalan2 tertentu, tetiba je `manner` @ `pattern` dia tadi berubah. Tadi rilek jer cakap pun direct jer, tetiba muncul tanda2 tadi....

sumber : `Reading People, how to understand people & predict their behaviour anytime anyplace` oleh Jo-Ellan Dimitrius & Mark Mazzarella. : salah satu rujukan aku masa buat tesis dulu...

Saturday, May 15, 2010

(agama) : Menghadapi `fire-stone`..

macamna nak berhadapan dgn orang2 yg kuat mengadu-domba ( batu api ) bila depa mai cerita `cerita2 panas` depa tu kat kita ? ada 4 cara ,
1) jangan sama sekali terima bulat2 berita yg dibawa.. contohnya suratkhabar. kadang2 tu bila pi kedai buku, macam2 berita kat muka depan suratkhabar, tak kira la suratkhabar aliran manapun. jgn percaya bulat2..
2) malarang atau menasihatinya. kalau boleh bagi nasihat, habaq la, "isk takyah la dok cerita macamtu..tak baik. biaq pi la dulu, kita taktau cerita sebenaq dia.."
3) bersangka baik kepada orang yg jadi subjek cerita dia tu.. jangan terus buruk sangka kat kawan yg dia cerita tu. jangan terus bagi hukuman, jangan terus mengiyakan.. rileks dulu...
4) membenci si`fire-stone` tu kerana Allah, benci akan sikap mengadu domba dia tu...

semoga menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua...
sumber : kuliah maghrib Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya. 8 Mei '10. Masjid Pdg Katong, Kangar.

Monday, May 10, 2010

today's cha habaq mai (7) : seluaq ketat

.." pakai tudung, seluaq tuudiiiaaa...! " oleh sorang mamat ala2 `rockers` pakai seluaq sekerat meng`komen` sorang peserta program realiti kat TV yang nyanyi pakai seluaq jeans ketat .. gerai 'merah` roti canai, roundbout Tmn Sena, Kangaq, 9 Mei '10. 10pm++

..also no further comment :-)

Saturday, May 8, 2010

today`s cha habaq mai (6) : zakar iblis

" sahabat saya penah berkata, rokok tu umpama zakar iblis.... " : oleh tok imam masjid Pdg Katong, Kangar. kuliah subuh, 8 Mei'10.

no further comment .. he he...

Thursday, May 6, 2010

today`s cha habaq mai (5) : bismillah pelan

dari email yg aku dapat arini, lebey kurang camni..: " orang2 kita ni double standard, kalau gi mekah boleh pulak sembahyang belakang imam baca bismillah pelan, balik malaysia siap puji imam baca sedap, tapi kalau kat malaysia sembahyang belakang imam yg baca bismillah pelan, takmau pulak siap keluaq dari jemaah lagi..." ...

* hmm.. kalau orang2 macamni mai Perlis jawapnya pakat sembahyang sorang2 la kat masjid....

Wednesday, April 28, 2010

today's cha habaq mai (4) : K.U.M.A.N.

lebih kurang gini : " masyarakat Islam kita sekarang sedang dijangkiti KUMAN. KUMAN apa ?
K : Kitab. terlalu taksub dgn sesuatu kitab berbanding dgn al-Quran & hadis
U : Ustaz @ Ulama. menerima bulat2 sesuatu pandangan dari seseorang ustaz
M : Majoriti. taksub kepada yg ramai. Ramai tak semestinya betul.
A : Akal. terlalu bergantung kpd logik akal. Akal ada limitnya..
N : nenek moyang. taksub kpd adat & tradisi yg menyanggahi hukum syarak.. "

oleh Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya , Masjid Pdg Katong, Kangar. kuliah maghrib. April 2010.

Monday, April 26, 2010

(movie) : lines feveret aku

berikut adalah antara `lines` feveret aku dalam banyak2 movie yg penah aku tengok..
a) The DArk Knight >> The Joker:" Why so serious? "
b) Avatar >> (1)"I see you" (2)Dr Grace :" I should get some samples "
c) The Godfather >> "I'm going to make him an offer he can`t refuse" .. antara 'lines' ter`famous` di dunia.
d) The Lord of the Rings >> Smeagol :" my precioussss "
e) Star Wars >> Hans Solo: " may the Force be with you "
f) Silence of the Lambs >> Hannibal Lecter:"I do wish we could chat longer, but..I'm having an old friend for dinner. Bye." - Hannibal tengah makan kawan dia...
g) Leon >> (1)Léon:"And stop saying "okay" all the time.Okay?". Mathilda: "Okay".. (2)Mathilda: "Can we try with real bullets now?"
h) Terminator 2 >> " I'll be back "
i) Saving Private Ryan >> sarjan:"Captain,if your mother saw you do that,she'd be very upset". Tom Hanks :"I thought you were my mother".
j) Inglorious Basterds >> (1)ketua Nazi puji kesedapan susu:" Monsieur LaPadite,to both your family and your cows I say: Bravo." .. (2)"I know this is a silly question before I ask it, but can you Americans speak any other language besides English?"
k) Braveheart >> (1)ayah William :"I know you can fight.But it's our wits that make us men." ..(2)raja England :"Not the archers..Arrows cost money.Use up the Irish.The dead cost nothing."
l) Gladiator >> Jeneral Maximus: "At my signal,unleash hell"..(2)Maximus:"What we do in life echoes in eternity".
m) Heat >> Robert DeNiro :" I'm alone, I am not lonely".
n) The Sixth Sense >> " I see dead people ".
o) The Bourne Ultimatum >> (1)Jason Bourne:"Get some rest Pam, you look tired" ..(2)Jason Bourne:"..Because,if you were sitting in your office,we'd be having this conversation face-to-face".
p) Pirates of the Caribbean >> (1) Will Turner:"You cheated", Jack Sparrow: "Pirate".. (2)Jack Sparrow : " you'd best start believing in ghost stories,you`re in one!"
q) Scent of a Woman (movie all-time feveret aku) >> (1)Pengetua:"Mr. Slade,you are in the Baird School.Not a barracks" .. (2) Al Pacino :"Whoo-ah" .. (3)Al Pacino :"Well, gentlemen,when the shit hits the fan,some guys run and some guys stay" ..

cukup dulu utk kali ni...nanti aku sambung lagi. banyak lagi....

today's cha habaq mai (3) : jgn nakal2

" pandu elok2 , jangan nakal nakal " : DJ Perlis.FM, 26/4/10. 7.20am

- asyik2 dok dengaq `berhati-hati di jalan raya` @ `pandu cermat jiwa selamat`, apa kata kita tukaq kata macam ni pulak...`bawak kereta ( naik moto ) elok2, jangan nakal2..`

Sunday, April 25, 2010

today`s cha habaq mai (2) : haji

(lebe kurang macamni), " ..why people who came back from hajj addresing themself as `haji` ? do we need to address ourself as `salati` just because we perform solat ? or `zakati` because we pay zakat ? " : oleh pendakwah bebas dari Amerika berkenaan keikhlasan & kerahsiaan dlm beribadah.. Masjid Pdg Katong, Kangar, Ahad, 25/4/10, kuliah maghrib.

* aku terlepas kuliah pengenalan dia dulu, tapi dari apa yg aku tau sikit2, beliau asalnya Kristian, kemudian jelajah dunia cari kebenaran dalam beragama. Dalam byk2 agama yg dia belajaq, last sekali dia pilih Islam. tengok gaya tu muda lagi, taktau la lama mana dah dia peluk Islam, tapi dah mampu bagi kuliah. siap guna kitab bahasa arab lagi sebagai rujukan...kita yg Islam dari lahir ni macamna ? tepuk dada tanya iman...

Saturday, April 24, 2010

(agama) : kesalahan dalam solat

berikut antara kesalahan dalam solat yg aku petik & ringkaskan dari buku `101 Kesalahan Dalam Solat` susunan Abu Afifah terbitan Al-Hidayah Publication... kadang2 kita pun tak sedaq atau terlupa atau lalai sampai terbuat kesalahan2 ni...
1) tak berjemaah di masjid ( bagi lelaki ) sekiranya berjiran dgn masjid @ mendengar azan
2) takdak tuma`ninah ; solat laju tergesa2 macam ayam patuk tanah...
3) tak ikut pergerakan imam, sengaja mendahului imam @ melambat2kannya..
4) pakai baju bergambaq makhluk bernyawa..
5) makmum yg masbuq bangun berdiri sebelum imam selesai bagi salam.
6) bersolat dalam keadaan menahan `hajat` utk ke tandas..
7) saf yg tak sempurna. terputus2 @ renggang tak bersambung rapat..
8) baca ayat2 al-Quran dalam rukuk & sujud
9) mula mengisi saf kedua & seterusnya dari tepi... saf kena mula isi dari tengah2 ( di belakang imam )
10) duduk ihtiba` (memeluk lutut) masa dengaq khutbah Jumaat
11) sujud dengan siku menempel pada tanah (lantai)
12) makmum masbuq berdiri tunggu imam duduk tasyahhud @ imam berdiri semula kemudian baru dia masuk jemaah. makmum masbuq sepatutnya masuk2 masjid terus takbiratul ihram kemudian terus ikut posisi imam pada waktu tu.
13) renggang kaki lebih2 sampai ganggu orang sebelah
14) tak menggerakkan mulut (baca dlm hati saja)..
15) makmum masbuq bila tengok imam tengah rukuk, dia bagi signal ( berdehem @ hentak kaki dll ) supaya imam bagi pelama sikit rukuk tu. sepatutnya tak boleh ganggu kekhusyukan jemaah.
16) sujud dengan kening saja tanpa hidung diletakkan sekali.
17) bahu berpusing sama masa bagi salam..
18) pi masjid dgn bersolek & pakai haruman bagi wanita.
19) tak solat masa sakit
20) makmum masbuq berlari utk dapatkan rakaat bersama imam.

semoga menjadi ingatan kepada kita semua. aku cuma ringkaskan serba sedikit tanpa sertakan sekali nas2 @ dalil. Harap maaf kalau ada yg tersilap.

today`s cha habaq mai : cuba `cuba` `cuba`

"..cuba try test tengok..." : DJ Perlis.FM, 24/4/10. 11.40am..

* kalau kita `translate`kan bunyinya macamni : "..cuba `cuba` `cuba` tengok..."
berapa banyak punya `cuba` daa....
* sedaq tak sedaq kadang2 kita pun dok sebut jugak macamni.....

Sunday, March 28, 2010

(sejarah) : movie `300`, fiksyen vs fakta

penah tengok movie `300` lakonan Gerard Butler pasal 300 tentera Sparta `berketak 6` melawan beribu2 tentera Parsi ? Dah nama pun filem fiksyen, maka banyak la fakta2 tak betoi dalam movie tu. Aku dah lama ada passion pasai sejarah 300 org Sparta ni sejak aku tengok movie `The 300 Spartans`(versi 1962) kat TV3 lebih kurang 20 tahun lepas. Ni aku senaraikan antara cerita sebenar (?) pertempuran 300 Spartans tu yg aku penah baca sebelum ni...
1. -`300` : final exam kolej tentera : Raja Leonidas, pakai cawat (mcm calon komando ATM dlm sesi ujian paya) masuk hutan lawan serigala ;
- yg sebenar : lompat pagar berek, pi cari hamba, bunuh, menyusup balik dalam berek senyap2
* sebenarnya Raja Xerxes, raja Parsi dlm cerita ni yg penah berkurung dalam kandang singa & bunuh singa tu dgn lembing sebab nak tunjuk dia ada tanjak jadi raja.

2. -`300` : Raja Leonidas tendang utusan Parsi jatuh masuk dlm lubang;
- yg sebenar : orang Athens ( bukan Sparta ) yg tendang ( menurut dokumentari Battles B.C. ).

3. - `300` : bila utusan Parsi bangkang org perempuan masuk campoq perbincangan dia dgn Raja Leonidas, bini Leonidas kata,`only Spartan women give birth to real men...`
- yg sebenar : bini Leonidas kata ayat tu kat perempuan Athens bila ditanya macamna org perempuan Sparta bole masuk campoq urusan negara.

4. - `300` : ahli2 nujum Delphi yg Raja Leonidas panjat bukit pi jumpa tu `kaki betina` & makan rasuah
- yg sebenar : ahli2 nujum Delphi adalah perempuan.
5. - `300` : hanya Raja Leonidas dengan 300 askar @ pengawal peribadi dia saja yg berkawat pi perang.
- yg sebenar : setiap askar Sparta akan bawak bersama hamba masing2 ( kira mcm butler la, plus jadi tukang panah @ tukang baling batu kat medan perang )
6. - `300` : ada askar2 Sparta yg muka licin takdak misai janggut.
- yg sebenar : janggut & rambut panjang satu kemestian bagi org Sparta. takdak janggut kira `takdak teloq` @ tengah berkabung...

7. - `300` : askar2 Sparta cuma pakai cawat, helmet, gad betis, bawak perisai,sambil tayang`ketak 6` kat perut..

- yg sebenar : depa semua ada pakai perisai badan.
8. - `300` : sebelum berangkat, bini Leonidas huloq perisai sambil berkata,` come back with your shield, or on it`.
- yg sebenar : betoi kut, sebab perempuan Sparta akan kata macam tu kat laki @ anak depa yg nak pi berperang. kalau ikut adat depa, yg terbunuh di medan perang akan diusung balik atas perisai depa, yg penakut akan buang perisai masa lari dari medan perang, dan yg survive & menang akan balik dgn perisai still di tangan..

9. - `300` : Ephialtes, si bongkok-Spartan-wannabe @ pengkhianat ikut Leonidas dari awal.
- yg sebenar : seorang petani yg tinggal area situ. Dia habaq jalan rahsia ke kem Leonidas kat geng Parsi sebab nak upah & ganjaran.

10.- `300` : bila utusan Parsi kata,`kami akan hujani hangpa semua dgn ribuan anak panah kami sampai matahari pun terlindung`, askar Sparta balas,`then we will fight in shade`..
- yg sebenar : yg ni memang fakta dlm buku sejarah... khabarnya askar Greek moden arini still pakai kata2 ni kat uniform depa.
11.-`300` : hanya 300 Spartan + beberapa orang askar negara-kota Greek yg lain saja di medan perang.
- yg sebenar : 300 Spartan + 4000 Peloponnesians + 700 Thespians + 400 Thebans + 1000 Phocians ada di medan perang. Lembu punya susu sapi dapat nama...

12.-`300` : Dilious, satu2nya askar Sparta yg survived, bertempur sampai buta sebelah mata & Leonidas discharged & suruh dia balik cerita kat semua orang pasai betapa heronya askar Sparta.

- yg sebenar : dia kena sakit mata bukannya luka & dia hilang semangat lalu lari dari medan perang. Lepas tu dia kena pulau kat Sparta..

13.-`300` : askar elit Parsi,`the immortals`, digambarkan sebagai lembaga hantu bertopeng.
- yg sebenar : depa pun orang biasa jugak, cuma dipanggil `the immortals` sebab unit depa dah fixed 10,000 org, kalau ada yg mati cepat2 depa ganti bagi cukup 10,000 balik.

14.-`300` : Raja Leonidas mati serentak dgn askar2 dia bila dikepung & dipanah.
- yg sebenar : dia mati dulu. lepas tu askar2 dia 4 kali berebut lawan tarik mayat dia dgn askar2 Parsi. Bila Raja Xerxes tengok askar2 Sparta still tak mengalah malah askar Parsi still banyak terkorban, dia arahkan depa berenti lawan sebab takmau bazirkan askar2 dia ( padahal time tu askar2 Sparta ada yg lawan guna tangan kosong & gigi sebab pedang pakat patah habis..),sebilangan askar2 Sparta yg tinggal berundur ke atas bukit kecik sambil bawak mayat Leonidas. Waktu tu la Raja Xerxes suruh depa dikepung dan dibunuh dgn panah...
15.-`300` : lokasi pertempuran, disebut sebagai `Hot Gate`.
- yg sebenar : Thermopylae namanya.. bermaksud `hot gataway`...

sebenarnya Malaysia kita pun ada `300` versi kita sendiri, tapi `200`, bukan `300`...Pada 1838, 200 orang askar Kedah bertahan di Kota Kuala Kedah melawan 15,000 askar Siam. Akhir sekali semuanya 200 orang tadi terkorban. Bole buat movie jugak ni...



Sunday, March 21, 2010

(kesihatan) : `food `court`

dah seminggu bukak blog ni, ni la baru ada masa nak update.. sapa yg besa beli majalah bulanan Men`s Health ( versi M'sia ) pasti akan terperasan satu ruangan kecik bertajuk `Food Court`. Bukan pasai food court yg kita dok pi makan tu, tapi pasai `punishment` utk menghilangkan kalori2 yg kita ambik setiap kali kita makan makanan2 tertentu. Kat sini aku himpunkan antara `punishment2` yg dipublished drpd koleksi majalah ni yg aku beli sejak 2006(?)..
(1) crime : 1,360 kalori dlm 2 keping cheese pizza + 4 breadsticks ;
punishment : 106 minit exercise dgn rowing machine.
(2) crime : 1,340 kalori dlm 10 ketul nugget ayam + large french fries + large soda ;
punishment : 122 minit balun punching-bag
(3) crime : 1,030 kalori dlm banana split ;
punishment : 125 minit berenang dlm laut yg bergelora..
(4) crime : 1,080 kalori dlm 3 keping (medium) pizza pepperoni ;
punishment : 9.5 kali lari pi mai pi mai padang bola.
(5) crime : 980 kalori dlm burger daging ;
punishment : 221 kali jogging pi mai pi mai gelangang basketball.
(6) crime : 1,050 kalori dlm satu pek BBQ potato-chip ;
punishment : 3 kali jalan naik Bukit Bendera .
(7) crime : 1,120 kalori dlm 1 pek medium butter popcorn ;
punishment : 2 kali panjat naik 1,665 anak tangga sampai puncak Eiffel Tower.
(8) crime : 1,070 kalori dlm roti scone sapu jem raspberry + white-choc mocha (large) ;
punishment : 199 minit sapu daun kering kat laman.
(9) crime : 1,340 kalori dlm 10 ketul dada ayam bersalut sos pedas ;
punishment : 109 kali lari pi mai pi mai padang bola.
(10) crime : 1,534 kalori dlm cheeseburger + regular fries
punishment : lari 17.7 km
(11) crime : 1,430 kalori dlm satu hidangan potato skins berinti keju ;
punishment : 1.2 kali lari sepanjang jambatan P.Pinang ( 13.6km)
(12) crime : 1,440 kalori dlm ayam+udang carbonara
punishment : lari 17 km

tuudiiiaa...tu baru sikit. tu baru makanan mat saleh, makanan kita macam nasi lemak, roti canai, teh tarik tak kira lagi... apapun sama2 la kita jangan lupa bersenam.

Sunday, March 14, 2010

welkam


Salam.. ntah camna tetiba rasa nak ber`blog` ni... selalunya aku ni bukannya reti bersembang pun. Mengarang lagi la... orang kata aku jenis senyap. Betoi la tu. Aku banyak `bercakap` dalam hati ja. Apapun aku nak try berblog` pulak. Orang lain dah start lama dah, aku `facebook` pun takdak lagi. Blog ni aku tak nak khususkan untuk apa2 topik, apa2 saja yg terlintas nak tulis aku akan tulis. Tapi rasanya banyak pasai fotografi, movie, agama, kehidupan, Perlis, muzik.., kita tengok saja la nanti. Politik ? kalau bole takmau la, penat dah...dari sekolah menengah lagi aku dok ikut..cukup la.. Aku akan guna bahasa Melayu loghat Perlis, sebab aku dok pikiaq hari2 pakai bahasa ni, walaupun aku rajin dok dengaq lagu siam fm 87.5. Cukup la dulu intro. kita jumpa lagi.