"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Monday, December 20, 2010

(kesihatan) : mencegah serangan jantung

Pengkaji2 dari Itali berkata, kalau `heart rate` kita dlm keadaan rehat adalah lebih drpd 70 beats per minit (bpm), risiko kita mati sakit jantung akan naik sebanyak 78% (sekadar kajian, apapun ajal Tuhan yg tentukan..). Kalau nak tau berapa `resting heart rate` kita, waktu terjaga dari tidur pagi2 tu, sebelum turun dari katil, sila kira kadar denyutan nadi kat pergelangan tangan selama seminit. Buat selama 3 hari dan kira purata berapa. Biasanya lebih kurang 70 bpm, tapi bagi atlit pula biasanya lebih rendah. Manakala, kalau nak tau heart rate maksima pula, kita kira 220 tolak berapa umur kita ..

Ini antara petua2 utk turunkan heart rate kita..

1) `serang` jantung kita. Sebelum diserang, kita serang dulu. contoh, kalau pi jogging, jangan sekadar lari slow2 saja, sekali sekala cuba pecut. Jantung kita akan jadi lebih efektif dimana `dia` akan jadi lebih terlatih dalam mengurangkan kadar degupan utk mengalirkan darah ke seluruh badan. Salah satu cara nak training `dia` yg disyorkan adalah, dgn gunakan heart rate monitor, cuba lari pada kadar 90% rate maksima bpm kita selama 4 minit, kemudian jogging pada kadar 70% selama 3 minit, ulang set tadi sebanyak 3 kali, dan 3 kali seminggu.

2) urut mengurut ... `massage` dapat menenangkan degupan jantung. Perasaan rileks tu dapat mengurangkan penghasilan hormon2 stress seperti adrenalin. Menurut kajian, secara puratanya sesi urut refleksologi ( tangan @ kaki ) selama sejam dapat mengurangkan bpm sebanyak 8 bpm.

3) tidur yg nyenyak.. tidur malam yg terganggu dgn bunyi bising kat luar boleh meng`havoc`kan `heart-rate` kita. Menurut satu kajian yg dibuat di Australia, setelah dikejutkan beberapa kali dgn bunyi ,`heart rate` orang tersebut meningkat mendadak dgn kadar 13 bpm.

4) jangan tahan, lepaskan jer... satu kajian di Taiwan mendapati, melalui ujian terhadap 40 org yg menghadapi simptom2 awal sakit jantung, bahawasanya, apabila menahan drpd membuang air kecil, secara puratanya `heart rate` akan meningkat sebanyak 9 bpm. Apabila pundi kencing mengembang, isyarat `menahan` ini membuatkan `nervous` sistem kita akan terganggu, di mana jantung akan berdegup lebih pantas akibat drpd pengecupan saluran2 koronari kita.

5) minyak ikan.. kajian oleh UCLA mendapati, dgn pengambilan 1 g kapsul minyak ikan setiap hari salama 2 minggu dapat mengurangkan `resting heart rate` sebanyak 6 bpm. Minyak ikan membantu jantung kita ber`respon` lebih baik dgn saraf vanus, di mana saraf ini mengawal kadar degupan jantung kita.

maka sayangilah jantung kita....

* sumber : Men's Health, edisi June 2008.

No comments:

Post a Comment