"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Friday, July 16, 2010

(agama) : Hadis palsu ( maudhu` )

* Nabi s.a.w. pernah bersabda : (yg bermaksud) "Sesiapa yang berbohong menggunakan namaku maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka" Hadis Sahih riwayat Al Bukhari (hadis no. 1291) dan Muslim ( hadis no. 4).

dulu bila disebut atau baca hadis tu hadis ni, tak penah terlintas kata wujudnya hadis palsu. Hadis palsu ? boleh ada ka ? sapa yang sanggup palsukan hadis?

rupa2nya Nabi s.a.w. pernah bagi amaran :(yg bermaksud) "Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah " Hadis sahih riwayat Muslim dalam pendahuluan Sahih Muslim (hadis no. 15 ).

- bila start mai hadis palsu ni ? : dikatakan bermula pada sekitar 40H, di mana masyarakat Islam time tu dah berpecah & berselisih selepas kejadian pembunuhan Khalifah ke-3, Uthman bin Affan.

- pasai apa depa tergamak buat hadis palsu ni ? : menurut Ali al Qari (1014H),
1) orang yg terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu, sampai lupa tak boleh nak beza antara hadis dgn kata2 orang lain.
2) periwayat hadis yg tak hafal hadis2 depa. bila jadi apa2 kat buku depa, depa tak boleh nak ingat balik dengan tepat pasal hadis tu.
3) orang soleh tapi tersilap sebut hadis sebab terlalu tua & nyanyuk
4) orang yg tersilap meriwayat hadis2 palsu, tapi bila ditegur takmau tarik balik hadis tu sebab sombong.
5) orang yg jahat sengaja nak menyesatkan umat Islam.
6) orang yg taksub dgn mazhab masing2, depa create hadis nak bagi kuat mazhab depa
7) orang jahil, sengaja reka hadis kononnya nak galak orang beribadat & takut maksiat
8) orang yg kata takpa letak sanad (sanad : pengumpul&penulis hadis) pada kata2 yg indah.
9) pengampu yg nak bodek pemerintah
10) penceramah2 yg nak tarik perhatian & nak jadi masyhur dalam masyarakat.

so, depa2 ni memang ada yg dengan jahat & sengaja, dan ada juga yg tersilap @ jahil.

contoh hadis2 palsu yg popular dalam masyarakat kita,

1) " Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China "
2) " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "
3) " Tidur selepas subuh @ waktu pagi menghalang rezeki." ada juga ulama kata hadis ni hadis dhaif
4) Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah yg tak bayar zakat.
5) " Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri." - di kategorikan sebagai hadis dhaif
6) " Kebersihan itu separuh daripada iman." - di kategorikan sebagai hadis yg sangat dhaif.
7) " Perselisihan dalam umatku adalah rahmat."
8) " Sabar itu separuh daripada iman " - di kategorikan sebagai hadis dhaif, kerana dipercayai mai dari Sahabat bukan dari Nabi s.a.w.
9) " Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu." - dikategorikan sebagai hadis dhaif, kerana dipercayai mai dari ulama Tabiin bukan dari Nabi s.a.w.
10) " Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput."

point2 di atas bersumberkan dan aku ringkaskan dari http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis
. kalau nak lebih detail sila pi baca kat sana.

So, kawan2, kadang2 kita terlalu ghairah nak `forward`kan email2 nasihat dan sebagainya, di mana dalam email2 tu ada terkandung hadis2 tertentu. La ni pakat2 berhati2 la, kalau hadis tu tak disertakan periwayatnya @ sanadnya ( cth, al-Bukhari, Muslim dll ), tak payah la nak forward. kalau nak forward jugak, amik inisiatif check sendiri refer kat pakcik `google` ka mana2 ka. Nanti tak pasai2 kita `mendusta` atas nama Nabi s.a.w...

* sedikit panduan pasai periwayat hadis :
1) al-Bukhari : diyakini sahih & hasan
2) Muslim : diyakini sahih & hasan
3) Sunan Ibn Majah : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
4) Sunan Abu Daud : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
5) Sunan al Tirmizi : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
6) Sunan al Nasaai : dikatakan bersih dari hadis palsu

sedikit pemahaman dari aku yg masih belajar. salah & silap harap diperbetulkan..

No comments:

Post a Comment