"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Sunday, May 16, 2010

(psikologi) : membaca body language 1 - kejujuran

Orang yg jujur & bercakap benar selalunya rileks & open. Tapi orang yg menipu tak boleh nak rileks gelabah jer nampak. Kalau ada nampak tanda2 tension, gugup gelabah, nak berahsia, maknanya mungkin dia tengah cuba nak berbohong. Ada 4 kategori penipu, yg jarang2, yg kadang2, yg memang dah habit, dan yg pro..
Yg memang dah habit & pro payah sikit nak spot tanda2 menipu. Yg mmg dah habit tu dah terbiasa sangat sampai depa tak kisah menipu & kekadang depa tak aware pun yg depa tengah menipu so tanda2 menipu tak kelihatan, yg pro pulak depa rajin berlatih so depa pandai cover tanda2 menipu.
Tapi kebanyakan kita ni jenis orang yg jarang2 & kadang2 menipu so bila kita mula nak menipu maka secara semulajadinya kelihatan la tanda2 menipu seperti ini...
1) mata yg tak tetap, dok tengok merata
2) dok tak diam ada saja dok bergerak kuis sana kuis sini
3) bercakap dengan laju
4) suara tetiba berubah .. shifting key :-)
5) sat bergerak ke depan sat bergerak ke belakang , tak kira la samada tengah berdiri @ duduk
6) nampak nerveous
7) muka dibuat terlebih innocent , tak natural
8) berpeluh
9) menggeletaq
10) cuba nak cover mata, muka, mulut; contohnya lindung mulut masa bercakap, garu2 hidung, mata berkelip2
11) menjilat2 bibir
12) main2 lidah kat gigi
13) badan menyenget ke depan
14) terlebih mesra ( invade space orang ); contohnya tepuk2 belakang, sentuh sentuhan, terlalu merapatkan badan..

Sebaliknya org yg jujur pulak berlawanan dgn traits2 di atas. Depa lebih rileks, mata bertentang mata, senyum depa nampak jujur, mata pun nampak mesra baik, tengok saja pun dah tau depa jujur. Tapi bila sesuatu keadaan tu terlampau `stress`, kadang2 susah nak beza antara, nervous yg real bila cuba mempertahankan sesuatu yg benar, dengan nervous ketidakjujuran. Contohnya bila kita suruh seseorang tu explain pasai apa & macamna dia boleh buat silap, sure dia akan nervous & keluaq tanda2 di atas walaupun dia benar. Ketidakselesaan dlm sesuatu situasi juga membuatkan tanda2 tadi kelihatan.
So untuk bezakan yg mana penipu, kita kena kenalpasti dulu `normal pattern` seseorang tu. Contohnya seseorang yg `pattern` dia rileks bersembang elok2, tetiba mai topik2 @ soalan2 tertentu, tetiba je `manner` @ `pattern` dia tadi berubah. Tadi rilek jer cakap pun direct jer, tetiba muncul tanda2 tadi....

sumber : `Reading People, how to understand people & predict their behaviour anytime anyplace` oleh Jo-Ellan Dimitrius & Mark Mazzarella. : salah satu rujukan aku masa buat tesis dulu...

Saturday, May 15, 2010

(agama) : Menghadapi `fire-stone`..

macamna nak berhadapan dgn orang2 yg kuat mengadu-domba ( batu api ) bila depa mai cerita `cerita2 panas` depa tu kat kita ? ada 4 cara ,
1) jangan sama sekali terima bulat2 berita yg dibawa.. contohnya suratkhabar. kadang2 tu bila pi kedai buku, macam2 berita kat muka depan suratkhabar, tak kira la suratkhabar aliran manapun. jgn percaya bulat2..
2) malarang atau menasihatinya. kalau boleh bagi nasihat, habaq la, "isk takyah la dok cerita macamtu..tak baik. biaq pi la dulu, kita taktau cerita sebenaq dia.."
3) bersangka baik kepada orang yg jadi subjek cerita dia tu.. jangan terus buruk sangka kat kawan yg dia cerita tu. jangan terus bagi hukuman, jangan terus mengiyakan.. rileks dulu...
4) membenci si`fire-stone` tu kerana Allah, benci akan sikap mengadu domba dia tu...

semoga menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua...
sumber : kuliah maghrib Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya. 8 Mei '10. Masjid Pdg Katong, Kangar.

Monday, May 10, 2010

today's cha habaq mai (7) : seluaq ketat

.." pakai tudung, seluaq tuudiiiaaa...! " oleh sorang mamat ala2 `rockers` pakai seluaq sekerat meng`komen` sorang peserta program realiti kat TV yang nyanyi pakai seluaq jeans ketat .. gerai 'merah` roti canai, roundbout Tmn Sena, Kangaq, 9 Mei '10. 10pm++

..also no further comment :-)

Saturday, May 8, 2010

today`s cha habaq mai (6) : zakar iblis

" sahabat saya penah berkata, rokok tu umpama zakar iblis.... " : oleh tok imam masjid Pdg Katong, Kangar. kuliah subuh, 8 Mei'10.

no further comment .. he he...

Thursday, May 6, 2010

today`s cha habaq mai (5) : bismillah pelan

dari email yg aku dapat arini, lebey kurang camni..: " orang2 kita ni double standard, kalau gi mekah boleh pulak sembahyang belakang imam baca bismillah pelan, balik malaysia siap puji imam baca sedap, tapi kalau kat malaysia sembahyang belakang imam yg baca bismillah pelan, takmau pulak siap keluaq dari jemaah lagi..." ...

* hmm.. kalau orang2 macamni mai Perlis jawapnya pakat sembahyang sorang2 la kat masjid....