"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Saturday, September 24, 2011

(fotografi) : kisah di sebalik gambar

.. dari dalam kereta, aku ternampak anak anjing ni dok mundar mandir dalam longkang. Terus aku snap gambar ni dengan kamera yg sentiasa dok standby atas riba ( utk projek 365 ni.. ). Lepas tu baru aku perasan yg dia cuba nak keluar dari longkang tu tapi kaki dia tersekat & terbenam dalam selut.
Aku pun keluar dari kereta, pi dekat2 sambil dok pikiaq macamna nak buat. Kawasan tu sunyi, lorong belakang rumah2 kedai, takda orang keliling. Nak pi pegang bawak naik aku ni phobia sikit dgn anjing ( *pengajaran : jgn takutkan anak2 kecik anda dgn anjing.. ), perati punya perati aku nampak sekeping papan, aku ambik papan tu & letak dalam longkang dekat2 anjing tu, konon2nya sebagai tangga la.. dah nama pun binatang gamaknya dia tak paham kut apa itu TANGGA, so dia still cuba2 nak panjat tebing & still tak boleh..
Tak semena2 muncul sorang pakcik berjanggut putih ala2 ex-tabligh-masuk-Sunnah ( aku sorg je kut yg paham.. ),

pakcik : awat tu tak boleh keluaq ka..
aku : aa aa,
pakcik : anjing ni gigit ke dak ni ?
aku : isk tak sure la pakcik, tak try pun lagi ..

pakcik tu pun dgn selambanya pi pegang belakang leher anjing tu dan bawak naik atas tebing ( macam mak kucing gonggong anak dia ). Lepas tu anjing tu sempat kelepiaq2 sikit kaki dia dan lari dari situ ( nasib baik ayaq acaq tak mercik kena kami ).

pakcik : anjing kering takpa bole pegang,
aku : kalau basah kena samak le kan ..?
pakcik : basah pun tak payah samak, kalau kena ayaq lioq dia saja yg nak kena samak, awak dok pi mengaji kat masjid Padang Katong takkan tau ..?
aku : penah dengar, cuma was was..
pakcik : takyah was was, ayaq lioq dia saja kena samak ..

pakcik tu pun berlalu dari situ. Aku pun masuk balik dalam kereta & dok pikiaq2 balik kata2 pakcik tu .. kebetulan tak lama lepas hari tu, timbul isu `foto artis pegang anjing` ... ni serba sikit panduan pasal hukum pegang anjing untuk panduan bersama : link

Sunday, August 21, 2011

today's quote (7) : bencana sosial

lebih kurang macamni :
" ..kita dalam masjid ni rasa aman, tapi bila kita keluar pi sana, macam2 masalah sosial ada, la ni dah tak kata dah masalah sosial, masalah sosial tu ketinggalan zaman, la ni kita kata BENCANA SOSIAL.., dengan rempitnya, dengan bohsianya ..."

oleh : Ust Mukmin, tazkirah terawih, masjid Pdg Katong, Kangar. 19/8/11.

Saturday, July 23, 2011

(agama) muflis ..

artikel asal : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1825-apabila-allah-swt-istiharkan-muflis.html

KHA, 10 MAC 2011 09:58 | SUZIANA CHE WIL | EDITOR: TEAM TABLOID

Apabila Allah SWT Istiharkan Muflis

alt

Muflis, bankrap, rugi dan segala perkataan yang membawa maksud ke arah itu menjadi ketakutan sesiapa sahaja. Mereka mula terbayangkan hidup tanpa harta, hilang keseronokan, tidak mampu bermewah-mewahan, hilang kawan dan segala-gala keseronokan di dunia. Itu yang menjadi ketakutan mereka.

Beberapa kerat sahaja yang terfikirkan mengenai kebankrapan yang boleh terjadi di alam akhirat. Ramai tidak menyedari bahawa itu lebih memeritkan.

Namun manusia, sentiasa alpa dan lupa bahwa adanya kehidupan selepas kematian. Inilah tempat yang kekal dan segala kebaikan dan kejahatan akan mendapat pembalasan di sini.

Pernahkah kita menguji minda dan diri untuk memikirkan sesuatu yang lebih jauh daripada pandangan mata kasar. Pernahkah bertanya siapakah di antara kita yang dikira mereka yang muflis.

Dan pernah pertanyaan begini ditanya pada zaman Rasululullah SAW. dan para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)".

Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Begitu jugalah pada zaman kini. Apabila disebut perkataan muflis maka terlintas di fikiran mengenai seseorang yang tidak berduit dan harta dan memiliki hutang yang tidak mampu dibayar.

Namun begitu, Rasulullah SAW. pernah bersabda dan menerangkan mengenai maksud dan pengertian muflis itu yang sebenarnya. Sabdanya bermaksud, " Orang yang muflis dalam kalangan umat ku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, zikit, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama juga dia membawa dosa memaki hamun, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan di ambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka." –Riwayat Abu Hurairah-

Pastikan Modal Cukup Untuk ke Akhirat

Alam dunia dan alam akhirat pasti akan berbeza. Jika di dunia mata wang Ringgit Malaysia, dolar, riyal, dinar dan sebagainya menjadi kegilaan. Tetapi di akhirat mata wang itu semua tidak akan dipedulikan lagi. Malahan ia tidak membawa apa-apa nilai sekalipun.

Dan pastinya mata wang itu tidak akan 'laku' untuk diperdagangkan dan dipersembahkan untuk dijadikan modal menebus setiap perkara yang telah dilakukan. Di alam akhirat mata wang yang akan dikira ialah dosa dan pahala. Kedua-dua mata wang ini akan menjadi bukti apa yang telah dilakukan ketika di dunia oleh pelakunya.

Di akhirat kelak, bukan sahaja mereka yang tidak mencukupi modal akan dikira muflis tetapi juga manusia yang pernah melakukan dosa ke atas manusia lain tanpa dia sedari ataupun dengan sengaja dilakukan.

Misalnya, mereka yang secara terangan mencuri harta majikan dan begitu juga dengan majikan yang membayar gaji pekerja tanpa belas ihsan, mencuri harta orang lain, memaki hamun, mengumpat, memukul orang lain dan pelbagai lagi.

Mereka ini tergolong dalam golongan orang yang muflis walaupun telah membawa modal dikira mencukupi. Apatah lagi jika modal tidak seberapa, tetapi perlu pula membayar kepada orang lain. Inilah yang dinamakan muflis akhirat.

Jika muflis di dunia pasti ada juga rakan-rakan yang berhati mulia dan sanak saudara yang melihat kesengsaraan kita akan menolong. Diberikan modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Tetapi bagaimana seandainya sekujur mayat itu telah diistiharkan muflis di akhirat? Siapakah yang akan membantu?

Saat ini doa anak-anak yang soleh dan solehah diharapkan. Namun apakah sampai doa yang dinantikan itu. Disebabkan itulah modal daripada diri sendiri perlu berada pada tahap yang selesa.

Dan ketika berada di dunia perlu bijak menyeimbangkan keperluan dunia dan akhirat untuk mengelakkan diri terjerat dalam perangkap muflis dunia bankrap akhirat.

Jelas di sini maksud hadis Rasululullah SAW. yang berbunyi 'bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari'. Seandainya ramai yang mengguna pakaikan maksud hadis ini ke dalam kehidupan seharian maka dia akan terlepas daripada bebanan dunia dan mendapat kesenangan, kemewahan serta kekayaan di akhirat kelak.

Oleh itu, jika kita sebagai hamba-Nya bijak menyusun atur kehidupan, pasti istilah muflis dunia dan bankrap akhirat dapat dielakkan.

Dan jika diberi pilihan, biarkan muflis dunia kerana masih ada ruang dan peluang untuk berubah daripada mendapat kesengsaraan dan 'malu besar' apabila diistiharkan bankrap dan muflis oleh Allah SWT di akhirat kelak. Ini kerana sudah tiada ruang untuk berubah dan pastinya neraka tempat untuk membayar segala hutang kebankrapan itu.

Renunglah maksud ayat daripada surah al-Kahfi ini, "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (al-Kahfi 45-46)

Sunday, July 17, 2011

today's quote (6) : bagi malaikat masuk...

- lebih kurang macamni,

" ada malaikat yg tugasnya mencari majlis ilmu dan mencatat nama2 mereka yg hadir di dalam majlis itu, sebab tu bila kita tanya anak2 jemaah yg dok kat luar masjid,
" awat tak masuk dengar kat dalam ? ", maka depa pun jawab,
" takpa la...kami bagi can kat malaikat masuk, nanti kami masuk penuh pulak masjid,
malaikat pulak takda ruang nak masuuuukkkk.... "

- oleh Ust Ahmad Rizal, forum @masjid Pdg Katong, Kangar. 16/7/11.
- he he, kena sedas...

Saturday, June 25, 2011

today's asbabun nuzul (35) : hijrah ..

(29) Al-`Ankabut : 56
" Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sungguh, bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku (saja)."

asbabun nuzul : Ketika kaum muslimin hendak melaksanakan perintah hijrah ke Madinah, mereka merasa khuatir bila meninggalkan Mekah, mereka akan mendapatkan keadaan yang lebih sulit, seperti kelaparan dan kekurangan harta benda. Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai jaminan dari Allah dan supaya kepada Allah mereka mengabdi. (At Tafsir Al Wajiz 'ala Hamisil Quranil 'Azdim, 404 ).

Sunday, June 12, 2011

today's char habaq mai (16) : `bayar cash...`

..kisah benar untuk peringatan bersama...

AC (bukan nama sebenar) sedang memandu untuk ke satu event di destinasi. 10 minit ~ 15 minit lagi akan masuk waktu Maghrib. Tak jauh dari situ AC akan melalui masjid A. Sempat lagi kalau AC nak singgah dan mendapat takbir pertama dengan imam. Tapi AC mengambil keputusan untuk singgah di masjid B yang mana lebih dekat dengan destinasi yang dituju. Kerana, dalam kiraan AC, "kalau aku singgah, maunya kena tunggu qamat 10 minit lagi, dah la imam masjid ni tua baca lambat pulak tu, kang 8 lebih baru habis nanti kalut2 pulak nak berkejar ke tempat tu... semayang kat sana la senang siket, at least dah dekat dah..."

Tapi tak lama lepas tu timbul rasa kesal dan bersalah di pemikiran AC. "macam tak patut la pulak..". Lalu AC pun memperlahankan kereta sebab dah masuk area masjid A. Bila2 masa saja masjid A akan muncul. AC selalu singgah di masjid ni so dia arif benar akan lokasinya. Tangan AC bersedia nak bagi signal, masjid A sepatutnya sudah dekat. Tunggu masa saja nak nampak menara dan kubah masjid A yang terletak ditengah sawah dan tepi jalan ni...

"dah dekat..", AC pun makin slowkan kereta dan berkira2 nak belok ke kiri. Tapi, "aik? mana jalan dia? mana masjid ni? " . AC terkejut. "masjid ni sepatutnya kat sini..". "takpa depan sikit lagi kut..". AC jalan lagi.. tapi makin lama AC terasa makin jauh dari lokasi yang sepatutnya. "?????, aiikkk.... mana pi masjid tu.. takkan ghaib kut?" AC kebingungan.. AC memang pasti akan lokasi masjid tu.
Maka terlintas di hati AC, " Tuhan nak uji aku? nak tunjuk something ? tadi aku lebih pentingkan event tu, compare dengan semayang berjemaah. Gamaknya Tuhan tak mau aku jadi tetamu rumah dia..." ... Timbul sesal di hati AC.

Peringatan, kalau kita berkira masa nak menyahut seruan Tuhan, Tuhan pun tak teringin nak jumpa kita, tapi kalau kita sanggup bersusah payah nak berjumpa dia, Tuhan akan menyenangkan urusan kita, insyaAllah....

Akhirnya, AC tiba di lokasi dengan kiraan masa yang sama jika AC bersembahyang di masjid A tadi, sebab AC terperangkap dalam traffic-jam dan melilau 2,3 kali mencari masjid B dan lokasi event itu tadi...

..sekian.

Monday, June 6, 2011

(kesihatan) membaca tapak tangan ..

"tapak tangan manusia mengandungi 1001 rahsia tentang kesihatan seseorang individu. Samada anda sihat atau sebaliknya, masalah ini dapat `dibaca` pada perubahan warna, jaluran urat saraf, dan bentuk fizikal pada tapak tangan" : Diagnosis Tapak Tangan, oleh Sajidin Jais..

-sedikit ringkasan dari buku tersebut :

1) warna tapak tangan,
a. jelas kemerah-merahan : .. tahap kolesterol dalam darah melebihi keperluan asal; suhu panas dalam badan.
b. pucat : .. kurang darah.
c. kekuning-kuningan : .. masalah pada organ hati.
d. kuning & tidak anjal bila ditekan : .. tahap toksik dalam badan adalah tinggi; risiko strok & lumpuh.
e. tompok2 putih berselang seli dgn warna merah : .. banyak angin dalam badan.

2) garis urat,
a. garis urat berwarna biru kehijauan bermula dari pangkal tapak tangan dan berakhir di pangkal ibu jari :
.. petanda gastrik.
.. semakin tebal, jelas, dan panjang urat tersebut, semakin serius gastrik.
b. garisan nombor 18 & 81 (tulisan jawi) berwarna hitam & lebih gelap drpd tapak tangan.
.. toksik dalam organ hati, fungsi hati lemah.

3) jari,

a. pangkal jari bengkak atau buncit seperti mengandungi air.
.. gangguan pada fungsi ginjal atau buah pinggang. Kurang minum air kerap menahan buang air kecil.

b. pangkal jari mengecut.
... juga gangguan pada fungsi ginjal. Kurang minum air.

..sekian dulu.

Saturday, June 4, 2011

(agama) tahlil malam ke tujuh

lokasi : parkir

aku : pi mana ?
kawan : jom. balik kampung. ada kenduri.
aku : sapa kahwin?
kawan : bukan. kenduri arwah. tahlil malam ke-7. kalau tak balik maunya kena pancung.
aku : .....

........................................................
untuk renungan kita bersama :



Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:

وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ

“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.

Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.

“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.

Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:

قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ . (حسنه الترمزى وصححه الحاكم)

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.

Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.

Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab (اعانة الطالبين) jld. 2. hlm. 146:

وَقَالَ اَيْضًأ : وَيَكْرَهُ الضِّيَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَهْلِ الْمَيِّتِ لاَنَّهُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَهِيَ بِدْعَةٌ

“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.

Seterusnya di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ

“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.



Friday, June 3, 2011

today's quote (5) : LARAT

lokasi : kedai makan, lunch ..

sahabat : (kepada waiteress) .. bagi kopi Janda satu ..
aku : (innocently..) .. kopi Janda dengan kopi Larat mana sedap ?
sahabat : .. JANDA la sedap, tapi hang kena bagi LARAT dulu...

.. witty answer ...

Sunday, May 29, 2011

today's quote (4) : angkat ..

`adik angkat` , `abang angkat` , `kakak angkat` , tu semua umpama topeng nak cakap `i-like-u-but-i-tak-mampu-dapat-u` @ `later-i-will-have-u-as-my-lover` .. by affacino . *dari pengalaman sendiri & orang2 keliling.. :-)

Wednesday, May 25, 2011

today's quote (3) : ikhlas ..

"Cuba berlaku ikhlas umpama berkumur hilangkan sisa2 ubat gigi selepas memberus. Tanpa teknik berkumur yg betul, akan terasa sisa2 ubat gigi di lelangit & celah2 gigi, dan sisa2 ubat gigi itu umpama riak @ ujub @ takbur... Berkumurlah dgn betul , akan terasa nyaman pudinanya..." by affacino ..

Sunday, May 22, 2011

today's quote (2) : cakap depan2....

lokasi : kaunter sebuah klinik di Kangar ..

staf comel : sakit apa bang ..
aku : kena gigit kucing ..
staf comel ( kpd staf 2 ) : ~kena gigit kucing pun nak kena mai check hospital jugak ka..~
aku : (dalam hati) oi oi saya kat depan lagi ni ....
staf 2 : ye la, jangan main2. silap2 bole kena kancing gigi ...
aku : (dalam hati) terima kasih ~ ...

sekian ..

Saturday, May 21, 2011

(new) today's quote : stress & asam

" stress ? stress macam asam boi .. mula2 letak kat lidah memang masam berkerut2 muka, tapi bila dah sebati dengan lidah, wow ! nice ! " .. by affacino.

Sunday, May 8, 2011

today's asbabun nuzul (34) : atas pagar

(22)Al-Hajj : 11
" Dan di antara manusia ada yg menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebajikan, dia merasa puas dan jika dia ditimpa suatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat.Itulah kerugian yg nyata."

asbabun nuzul : Imam Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata, "Pernah ada seorang lelaki yg sampai di Madinah.Dia berkata jika isterinya melahirkan anak lelaki dan kudanya bertambah, agama Muhammad ini adalah baik. Namun, jika isterinya melahirkan anak perempuan dan kudanya tidak bertambah, agama Muhammad ini adalah jelek. Kemudian, Allah menurunkan ayat ini." (Lubabun Nuqul : 134)

Sunday, March 6, 2011

today's asbabun nuzul (33) : tengok kawan

(68)Al-Qalam : ayat 10~13
"(10)Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yg suka bersumpah dan suka menghina, (11)suka mencela, yg kian ke mari menyebarkan fitnah,(12)Yg sangat2 menghalangai amalan2 kebajikan, agama, lagi yg sangat2 berdosa,(13) Yg jahat kejam, yg selain itu tidak tentu pula bapanya."

asbabun nuzul : Riwayat mengemukakan bahawa ketika turunnya ayat 10 & 11, kaum mukminin tidak mengetahui apa yg dimaksudkan dgn ayat tersebut. Maka, turunlah ayat selanjutnya (ayat 13), sehingga mereka tahu siapa sebenarnya orang yg dimaksudkan itu kerana orang itu mempunyai tanda sebagaimana tanda yg ada pada binatang ternak. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas).

Sunday, February 27, 2011

today's cha habaq mai (15) : rokok

lebih kurang camni :
" bau mulut org yg merokok juga boleh menganggu jemaah kat sebelah. berhentilah merokok. kita dok mai masjid dok minta jauh dari api (neraka), tapi kat tangan kita dok pegang api.."
oleh Dr Asri (bekas Mufti Perlis), kuliah bulanan maghrib, Masjid Kangar. 27 Feb'11.

Wednesday, February 16, 2011

today's asbabun nuzul (32) : halilintar...

(13)Ar-Ra'd: ayat 13
"Dan guruh pun bertasbih memuji-Nya, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yg Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Mahakeras siksaan-Nya."

asbabun nuzul : Anas menerangkan bahawa suatu hari, Rasulullah mengutus seorang sahabat utk menemui pembesar kaum Jahiliah utk berdakwah. Pembesar itu berkata,"Apakah Tuhanmu yg kamu ajak aku menyembah-Nya itu terbuat dari besi, tembaga, perak, atau emas?" Utusan Rasul itu pulang utk melaporkan peristiwa itu kpd Rasul. Lalu, dia diutus kembali, hingga dia datang dan pergi 3 kali. Pada kali yg ketiga, Allah mengutus petir utk menyambar hingga mati pembesar Jahiliah itu. Maka itu, turunlah ayat ini. (HR. Nasa'i dan Bazzar).

Tuesday, February 1, 2011

today's asbabun nuzul (31) : jgn cakap saja...

(61)Ash-Shaff : ayat 2~3
(2)"Wahai orang2 yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan?"
(3)"(itu)sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan."

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menjelaskan, bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dgn sebahagian orang Mukmin yg enggan melakukan jihad meskipun telah mengetahui bahawa berjihad, adalah amal yg utama. (HR.Ibnu Abi Hatim)

Sunday, January 30, 2011

today's asbabun nuzul (30) : jgn kecoh2..

(82)Al-Infithar: ayat 1~3
(1)Celakalah bagi orang2 yg curang (dalam menakar dan menimbang)!
(2)(Yaitu) orang2 yg apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dicukupkan,
(3)dan apabila mereka menakar atau menimbang (utk org lain),mereka mengurangi.

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menuturkan bahawa kala Rasul tiba Madinah, penduduk Madinah adalah komuniti yg terbiasa melakukan kecurangan dalam menakar ukuran dan timbangan barang dagangan mereka. Atas perilaku tak terpuji itu, Allah menurunkan ketiga ayat ini. (HR Nasa'i dan Ibnu Majah)

Monday, January 24, 2011

today's asbabun nuzul (29) : jangan lupa..

(15)Al-Hijr : ayat 49~50
(49)"Khabarkanlah kepada hamba2-Ku, bahawa Akulah yg Maha Pengampun, Maha Penyayang,"
(50)"dan sesungguhnya azab-Ku adalah azab yg sangat pedih."

asbabun nuzul : Abdullah bin Zubair memaparkan bahawa suatu ketika, Rasulullah melewati beberapa sahabatnya yg sedang tertawa terbahak-bahak. Rasul menegur,"Mengapa kalian tertawa? Padahal syurga dan neraka telah jelas sebagai peringatan bagi kalian." Oleh kerana itu, Allah menurunkan kedua ayat ini. (HR.Thabrani)

Sunday, January 23, 2011

today's asbabun nuzul (28) : sedekah..

(2)al-Baqarah : ayat 271
"Jika kamu menampakkan sedekah2mu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kpd orang2 fakir, maka itu lebih baik bagimu, dan Allah akan menghapuskan sebahagian kesalahan2mu. Dan Allah Mahateliti apa yg kamu kerjakan. "

asbabun nuzul : Amir asy-Sya'bi berkata, "suatu saat, Umar menyedekahkan hartanya secara terang-terangan dgn maksud agar dicontohi orang lain, sedangkan Abu Bakar menyedekahkan hartanya secara rahsia. Atas hal tersebut, lalu Allah menurunkan ayat ini." (HR.Ibnu Abi Hatim)

Wednesday, January 19, 2011

today's asbabun nuzul (27) : cobaan...

(2)Al-Baqarah : ayat 214
" Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal (cobaan) belum datang kepadamu seperti (yg dialami) orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cobaan), sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,"Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

asbabun nuzul : Qatadah berkata, "ayat ini diturunkan pada saat Perang Ahzab, ketika Rasulullah menghadapi cobaan: dikepung dan diserang pihak kaum kafir Quraisy." (HR. Abdurrazzaq).

Monday, January 17, 2011

35 .. apa ada pada angka ..

hari ni genap umur aku 35 tahun .. apa ada pada 35 ?

.. kalau aku tak pernah potong rambut, rambut aku sekarang dah 4 meter panjang, sama panjang dgn sebiji Myvi..
.. lebih kurang 900,000 helai rambut aku dah gugur..
.. mata aku dah berkedip lebih kurang 190 juta kali..
.. hidung aku dah bernafas lebih kurang 255 juta kali..
.. udara yg dah disedut lebih kurang 140 juta liter persegi, sama banyak dengan 5 juta tong gas masak..
.. dan aku dah buang udara (kentut) lebih kurang 190,000 kali ..
.. jantung aku dah berdenyut lebih kurang 1.2 billion kali ..
.. dan dia dah pam sebanyak lebih kurang 92 juta liter darah, sama banyak dengan 2,300 biji lori tangki minyak..
.. kalau aku tak pernah potong kuku, kuku aku sekarang dah 38 meter panjang, dekat2 nak sama panjang dengan 5 biji Myvi beratur depan belakang..
.. air liur yg dah terhasil lebih kurang 13,000 liter, dekat2 nak sama banyak dgn 8,500 botol air mineral 1.5 liter..
.. dan aku dah minum lebih kurang 25,000 botol air ( 1.5 liter )..
.. aku dah habiskan lebih kurang 75 hari untuk memberus gigi ..
.. lebih kurang 30 hari untuk sikat rambut bergaya depan cermin..
.. lebih kurang 9 tahun untuk tidur..
.. lebih kurang 2 tahun untuk tengok tv..
.. tapi, masa untuk solat hanya lebih kurang 10 bulan sahaja..

Saturday, January 15, 2011

today's asbabun nuzul (26) : api permusuhan ..

Al-Qalam : ayat 10
(10)" Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina,"
(11)" suka mencela,yang kian ke mari menyebarkan fitnah,"

asbabun nuzul : (ayat 10)As-Suddi menerangkan, bahawa ayat ini turun berkenaan dgn al-Akhnas bin Syuraiq, yg termasyhur selalu menyebarkan api permusuhan. (HR.Ibnu Abi Hatim)

Thursday, January 13, 2011

today's asbabun nuzul (25) : jangan berlebihan ..

Al-A'raf : ayat 31
" Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yg bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan."

asbabun nuzul : Ibnu Abbas memaparkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dgn seorang wanita yg pada zaman Jahiliyah melakukan tawaf di Baitullah dgn tanpa pakaian dan kemaluannya ditutupi khirqah (secarik kain lusuh). Sambil tawaf, dia berteriak, 'Pada hari ini, kuhalalkan seluruh tubuhku, kecuali yg kututupi ini' (HR.Muslim)

Wednesday, January 12, 2011

today's asbabun nuzul (24) : musibah

Asy-Syura : ayat 30
" Dan musibah apapun yg menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri(dosa dan maksiat), dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan2 / dosa2 mu) "

asbabun nuzul : Imran bin Hushain menegaskan, bahawa ayat ini diturunkan sehubungan dgn ucapan Rasulullah ketika melihat org yg menderita dipulaukan keluarga dan masyarakatnya, "Janganlah kau merasa kecil hati. Jika kau melakukan dosa, ampunan Allah lebih besar drpd dosamu." (HR.Ibnu Abi Hatim)

Tuesday, January 11, 2011

today's asbabun nuzul (23) : mengharap kekayaan

Asy-Syura : ayat 27
" Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kpd hamba2-Nya niscaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dgn ukuran yg Dia kehendaki. Sungguh, Dia Mahateliti terhadap (keadaan) hamba2-Nya, Maha Melihat."

asbabun nuzul : Ali menjelaskan, bahawa ayat ini diturunkan sehubungan dgn Ashhabu-Shuffah (org2 miskin yg tidak punya rumah dan tinggal di pelataran serambi Masjid Nabawi). Mereka mengharapkan dunia dan kekayaan. (HR Hakim)

Monday, January 10, 2011

today`s asbabun nuzul (22) : taubat

Al-Furqan : ayat 70
" kecuali orang2 yg bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang "

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menuturkan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dgn kaum musyrikin Mekah yg --saat ayat 68 diturunkan-- berkata, "kami telah membunuh orang tanpa alasan yg benar, menyukutukan Allah, dan berzina." (HR. Bukhari)

Saturday, January 8, 2011

today`s asbabun nuzul (21) : dosa yg paling besar

Al-Furqan : ayat 68~69
" (68) dan orang2 yg tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yg diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yg benar, dan tidak berzina; dan barang siapa melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat hukuman yg berat, (69) (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada Hari Kiamat dan dia kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, "

asbabun nuzul : Ibnu Mas'ud berkata, "kedua ayat ini diturunkan berkenaan denganku yg suatu saat bertanya kepada Rasulullah tentang dosa yg paling besar. Baginda menjawab, 'Menyekutukan Allah, padahal Dia-lah yg menciptakanmu.' Aku bertanya hal yg sama lagi. Rasul menjawab, 'membunuh anakmu kerana kamu takut miskin.' Aku bertanya lagi. Baginda pun menjawab,'berzina dengan tetanggamu." (HR.Bukhari dan Muslim).

Wednesday, January 5, 2011

today`s asbabun nuzul (20) : taubat

Az-Zumar(39) : ayat 53
" Katakanlah, `Wahai hamba2Ku yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2* semuanya. Sungguh, Dialah yg Maha Pengampun, Maha Penyayang "

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menerangkan, bahawa ayat ini, selain Al-Furqan(25):68, diturunkan berkenaan dgn kaum musyrik--yg gemar melakukan pembunuhan dan penzinaan- yg suatu hari bertanya kepada Rasulullah,'Sesungguhnya seruanmu adalah baik. Kerana itu, katakanlah, apa yg harus kami lakukan untuk menghapus semua dosa kami?' (HR.Bukhari & Muslim)

*lihat an-Nisa'(4):48, kecuali dosa syirik.

Tuesday, January 4, 2011

today`s asbabun nuzul (19) : beramal

Al-Fathir : ayat 29~30
"(29)Sesungguhnya orang2 yg selalu membaca Kitab Allah (al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan (zakat/sedekah) sebagian rezeki yg Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yg tidak akan rugi,(30)agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka, dan menambahkan kurnia-Nya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri(atas ketaatan mereka kpd-Nya)"

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menerangkan, bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dgn Hushain bin Harits bin Abd Muththalib bin Abdi Manaf al-Quraisy. Juga, sebagai penegas tentang ciri2 orang yg amalnya diredhai Allah.('Abd Ghani bin Said ats-Tsaqafi).

Monday, January 3, 2011

today`s asbabun nuzul (18) : jangan fitnah..

Al-Ahzab : ayat 57~58

"(57)Sesungguhnya (terhadap) orang2 yg menyakiti Allah dan (mendustakan)Rasul-Nya, Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan azab yg menghinakan (neraka) bagi mereka. (58)Dan orang2 yg menyakiti(menuduh) orang2 Mukmin lelaki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yg mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yg nyata."

asbabun nuzul : Ibnu Abbas menegaskan bahawa kedua ayat ini diturunkan sebagai ancaman terhadap Abdullah bin Ubay dan teman2nya ketika mereka memfitnah 'Aisyah telah berkhianat(curang) dengan Shafwan bin Mu'aththal. (HR.Juwaibir)

Sunday, January 2, 2011

today`s asbabun nuzul (17) : ujian.

Al-Ankabut : ayat 2
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,`Kami telah beriman,` dan mereka tidak diuji? "

asbabun nuzul : Sya'bi meriwayatkan, bahawa sebahagian penduduk Mekah telah memilih Islam sebagai pegangan hidup. Para sahabat yg berada di Madinah telah menulis surat, bahawa kebajikan sahabat yg ada di Mekah itu tidak akan diterima hingga mereka hijrah. Para sahabat di Mekah pun berhijrah.Namun, mereka disusul kaum Musyrikin dan dibawa kembali ke Mekah. Maka itu, turunlah ayat ini. Para sahabat di Madinah pun mengirim surat kembali yg menegaskan, bahawa hijrah dan segala hambatannya adalah ujian keimanan bagi mereka. (HR.Ibnu Sa'ad)

Saturday, January 1, 2011

(syok sendiri) theory for today (1) : tol ..

Kalau lalu tol, sekiranya pilih kaunter yg paling kiri, keberangkalian anda akan dilayan oleh perempuan muda & manis adalah tinggi...

* 6 kali aku lalu kaunter tol harini, teori ini terbukti... ( mungkin kebetulan sahaja.. )

today`s asbabun nuzul (16) : penciptaan manusia..

Al-Mu'minun : ayat 14

(12)"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah" (13)"Kemudian Kami menjadikannya air mani (yg disimpan) dalam tempat yg kukuh (rahim)" (14)"Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yg melekat,lalu sesuatu yg melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu lalu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk yg (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yg paling baik."

asbabun nuzul : Umar bin Khattab berkata,"Pendapatku yg sejalan dgn kehendak Allah ada dalam empat ayat.Salah satunya, ketika (ayat 12) turun, aku berkata, 'Mahasuci Allah, Pencipta Yang Paling Baik.' Maka itu, Allah menurunkan akhir ayat ini yg sejalan dgn ucapanku itu." (HR.Ibnu Abi Hatim)

* sejak 1400 tahun dulu pun, Al-Quran sudah sebut pasal sains pembentukan janin...