"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Tuesday, July 13, 2010

(agama) : aku Wahabbi ?

kita boleh di`cop` Wahabbi kalau,
1) tolak hadis dhaif
2) semasa wuduk, basuh telinga dengan air basuhan rambut ( sekali harung..)
3) azan jumaat sekali saja, iaitu lepas khatib naik mimbar, dan khatib terus baca berkhutbah lepas azan ( macam masjid kat Perlis )
4) tak baca doa ramai2 antara dua khutbah Jumaat ( macam masjid kat Perlis )
5) tak angkat tangan & aminkan doa imam di akhir khutbah kedua Jumaat
6) tak baca `usolli` sebelum angkat takbir
7) baca `bismillah` pelan sebelum al-fatihah ( macam masjid kat Perlis )
8) angkat tangan paras bahu ( bukan paras telinga ) waktu bertakbir
9) letak tangan atas dada waktu `qiyam`
10) tak baca qunut dalam solat Subuh ( macam masjid kat Perlis )
11) tak tambah `wa bihamdih` dalam tasbih rukuk & sujud
12) tak sapu muka lepas bagi salam (selesai solat)
13) solat terawih 8 rakaat ( macam masjid kat Perlis )
14) tak baca zikir @ selawat antara 2 solat terawih ( macam masjid kat Perlis )
15) tak tambah `saiyidina` dalam selawat
16) menggerakkan jari telunjuk masa tahiyat
17) tak sembahyang sunat lepas azan seblum khutbah Jumaat (macam masjid kat Perlis)
18) tak berzikir, wirid & berdoa ramai2 lepas solat ( macam masjid kat Perlis )
19) tak baca Yasin di malam Jumaat
20) tak guna tasbih
21) tak baca Yasin di malam nisfu Sya`ban
22) tak angkat tangan waktu berdoa ( doa azan, doa makan, doa wuduk, dll )
23) tak sapu muka lepas baca doa
24) tak sokong baca talkin
25) tak buat majlis tahlil & baca Yasin & kenduri arwah
26) tak baca al-Quran di kubur
27) tak mau duduk atas kubur
28) tak berarak sambut Maulidur Rasul
29) tak bermarhaban & berzanji

...kadang2, dalam berbalah & berselisih dalam bab ibadat, kita terlupa sunnah nabi yg lain, iaitu menjaga hubungan baik sesama muslim. Kita dok lawan mengata, mengutuk, bubuh nama panggilan, memperlekeh, dan mengaibkan sesama muslim. Hilangnya adab dalam berselisih pandangan....

2 comments:

  1. kerana khilaf kita berbalah..sebab tuh kita mudah lemah

    ReplyDelete
  2. inilah punca utama kita terpecah
    perbezaan pendapat

    30% kat masjid masih tidak ikut kebiasaan macam masjid lain kat Perlis.contohnya masjid guar syed alwi,masjid behor temak,behor empiang

    nak copy artikel ni

    ReplyDelete