"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Saturday, April 24, 2010

(agama) : kesalahan dalam solat

berikut antara kesalahan dalam solat yg aku petik & ringkaskan dari buku `101 Kesalahan Dalam Solat` susunan Abu Afifah terbitan Al-Hidayah Publication... kadang2 kita pun tak sedaq atau terlupa atau lalai sampai terbuat kesalahan2 ni...
1) tak berjemaah di masjid ( bagi lelaki ) sekiranya berjiran dgn masjid @ mendengar azan
2) takdak tuma`ninah ; solat laju tergesa2 macam ayam patuk tanah...
3) tak ikut pergerakan imam, sengaja mendahului imam @ melambat2kannya..
4) pakai baju bergambaq makhluk bernyawa..
5) makmum yg masbuq bangun berdiri sebelum imam selesai bagi salam.
6) bersolat dalam keadaan menahan `hajat` utk ke tandas..
7) saf yg tak sempurna. terputus2 @ renggang tak bersambung rapat..
8) baca ayat2 al-Quran dalam rukuk & sujud
9) mula mengisi saf kedua & seterusnya dari tepi... saf kena mula isi dari tengah2 ( di belakang imam )
10) duduk ihtiba` (memeluk lutut) masa dengaq khutbah Jumaat
11) sujud dengan siku menempel pada tanah (lantai)
12) makmum masbuq berdiri tunggu imam duduk tasyahhud @ imam berdiri semula kemudian baru dia masuk jemaah. makmum masbuq sepatutnya masuk2 masjid terus takbiratul ihram kemudian terus ikut posisi imam pada waktu tu.
13) renggang kaki lebih2 sampai ganggu orang sebelah
14) tak menggerakkan mulut (baca dlm hati saja)..
15) makmum masbuq bila tengok imam tengah rukuk, dia bagi signal ( berdehem @ hentak kaki dll ) supaya imam bagi pelama sikit rukuk tu. sepatutnya tak boleh ganggu kekhusyukan jemaah.
16) sujud dengan kening saja tanpa hidung diletakkan sekali.
17) bahu berpusing sama masa bagi salam..
18) pi masjid dgn bersolek & pakai haruman bagi wanita.
19) tak solat masa sakit
20) makmum masbuq berlari utk dapatkan rakaat bersama imam.

semoga menjadi ingatan kepada kita semua. aku cuma ringkaskan serba sedikit tanpa sertakan sekali nas2 @ dalil. Harap maaf kalau ada yg tersilap.

No comments:

Post a Comment