"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Tuesday, July 27, 2010

today`s cha habaq mai (12) : 10% drpd 100 ?

terkejut & sedih masa dok belek2 jawapan kertas ujian kemasukan pekerja2 baru lepasan SPM kat tempat kerja aku. Daripada 33 org, ada 21 org (65%) tak mampu jawap soalan, berapa 10% drpd 100 ? .... apa yg tak kena ni...? semuanya Melayu Islam, ke mana hilangnya keupayaan berfikir anak2 muda sekarang ? hilang ka minat nak belajaq ? apa yg depa buat masa sekolah ? ada yg tak kena ka dgn sistem pendidikan kita ? bukan takat soalan tu saja, soalan basic campoq tolak bahagi darab pun ramai yg tak boleh buat, tambah lagi la soalan math subjektif yg perlukan sedikit pemahaman situasi & penyelesaian.... sedih.....

Sunday, July 25, 2010

(psikologi) : mmbaca body language 2 : meja kerja

selain dari "gerak tubuh", kita juga dapat 'baca' seseorang dengan tengok kawasan @ meja kerja dia. Untuk membaca dia punya 'current state of mind`, kita tengok objek2 kecik & mudah yg ada atas meja dia. Benda2 yg macam meja ka, kerusi ka, komputer ka, tak boleh nak diambik kira sangat sebab kekadang tu bukan dia yg punya, kompeni yg bagi.. kalau kita nak tau `pemikiran` @ `tahap mental` dia buat masa sekarang, kita tengok benda2 kat bawah ni ( mungkin ada benda2 ni pemberian ka hadiah ka, tapi seseorang tu takkan pamer hadiah @ barang free unless dia betul2 suka..) :

1) kalendar :
mungkin ada yg dapat kalendar free dari supplier ka mana2 ka, beli sendiri ka, tengok kalendar yg jenis macamana. ada yg suka kalendar yg boleh tulis2 reminder kat kotak kecik ikut haribulan (boleh jadi seorang yg pelupa?, yg concern birthday member?, nak tunjuk hidup dia sibuk:loner? yg terlampau sibuk?); ada yg suka kalendar lumba kuda (nak tau cuti sekolah bila:family-man?, plan cuti kawin? nak plan jalan2?, nak tau posa start bila?, raya bila? yg dok amal `tajul-muluk`:titik kunci ghairah isteri ikut haribulan kalendar Islam?); ada yg suka kalendar gambaq kucing, kartun, model perempuan, selebriti, pemandangan, lukisan, ni semua boleh bagi hint pasal hobi @ passion dia. Jadikan modal untuk mula bersembang dan dari situ sikit2 kita boleh `baca` dia...

2) foto :
foto siapa ? berapa keping? bingkai macamana (murah? moden? berawan larat?), buat wallpaper ka? screen saver ka? foto berposing ka ? kontrol ayu ka? candid ka? berseni ka? semua ni boleh bagi hint. cth, foto anak2 dibuat screen saver @ wallpaper, boleh bagitau kata dia tu boleh jadi seorang yg penyayang,jenis ambik berat & berfikir panjang,kuat semangat, dan berbangga serta happy dengan hidup dia. Foto dia berposing dgn orang terkenal mungkin boleh menggambarkan sifat bangga & pride, ataupun nak tunjuk betapa pengaruh yg dia ada. Semua ni boleh dijadikan pembuka bicara untuk kenal dia dgn lebih rapat..

3) buku2 & bahan bacaan lain :
bahan bacaan yg terselit kat meja @ rak juga boleh men`describe` seseorang tu. Volumes2 berkulit tebal oleh pengarang2 hebat tapi macam tak pernah dibaca di rak2 boleh jadi sekadar `menunjuk2`, ada tak jurnal2 yg berkait dgn kerja? ataupun majalah2 @ tabloid2 yg tak berkaitan dgn kerja? ada tak kitab2 agama?, kamus2? manual2? semua ni bukan sekadar mendedahkan `taste` dia dalam pembacaan, malah turut mendedahkan `attitude` dia terhadap kerja. novel2 & majalah parenting contohnya boleh menunjukkan kadang2 tumpuan dia tertoleh ke arah lain selain dari kerja & `lack of judgement`...

4) hasil @ benda2 seni :
contohnya lukisan, poster, figurin @ model2 mainan. semua ni menggambarkan personaliti, dengan mendedahkan dia punya taste, hobi, minat, malah humor-sense dia. cthnya model2 kereta, boleh gambarkan hobi dia dalam permotoran, ataupun lukisan kartun2 animasi seperti Cinderella @ Snow White, boleh jadi dia seorang yg manja, sukakan perhatian, kreatif ,jujur, dan pada masa yg sama seorang yg tegas (seperti lazimnya sifat anak2 kecil). ataupun model motor harley-davidson @ model gitar, boleh jadi dia seorang yg berjiwa `rockers`. ataupun badge smiley kuning senyum tu, boleh jadi dia seorang yg happy-go-lucky, @ mengambil mudah @ ringan akan sesuatu..

5) tumbuhan & bunga hidup :
orang yg sanggup bersusah payah membela tumbuhan @ bunga hidup di meja dia boleh menggambarkan dia seorang yg sukakan kecantikan, dan sesuatu yg `nature`. Boleh jadi juga seorang yg berseni & pentingkan kesihatan. Tumbuhan dan bunga juga adalah simbol sejahtera, so dia mungkin seorang yg berjiwa terbuka, mesra, tidak suka konflik dan `caring`...

..begitulah serba sedikit petua2 yg boleh kita perhatikan. Ruang meja yg terhad sebenarnya boleh menggambarkan personaliti seseorang. Meja yg kelihatan `kelam-kabut` dan tak terurus boleh mengambarkan sikap yg sama ada tuan punyanya. Malah tak mustahil rumah & keretanya mungkin dalam keadaan yg sama jugak....

Tuesday, July 20, 2010

today`s asbabun nuzul (2) : bangsa & suku2

Al-Hujurat : ayat 13
" Wahai manusia ! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki2 dan seorang perempuan, kmudian kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal. Sungguh, yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yg paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti."

asbabun nuzul : Ibnu Abi Mulaikah mengatakan, bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dgn orang2 yg, ketika Bilal naik ke atas Ka'bah utk melaungkan azan setelah peristiwa pembebasan kota Mekah, mengecam Bilal, "bagaimana mungkin budak hitam ini yg mengumandangkan azan di atas Ka'bah?" Sebahagian yg lain berkata, "apakah Allah akan murka jika bukan ia yg mengumandangkan azan?" (HR Ibnu Abi Hatim)

..salah & silap harap diperbetulkan...

Monday, July 19, 2010

today`s asbabun nuzul (1) : makan daging saudara

selalu kita dok dengar petikan ayat2 al-Quran dalam ceramah ka, penulisan ka, ataupun dalam rancangan kat tv @ radio. tapi tau kah kita asal-usul mengapa ayat2 tersebut diturunkan ? melalui topik baru ni, aku nak berkongsi sikit2 apa yg aku tau, apa yg aku jumpa dalam kitab Tafsir Qur'an per kata..

Al-Hujurat : ayat 12.
" Wahai org2 yg beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari2 kesalahan org lain, dan janganlah ada di antara kamu yg mengumpat sebagian yg lain.Apakah ada di antara kamu yg suka memakan daging saudaranya yg sudah mati? Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kpd Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat,Maha Penyanyang"

asbabun nuzul : " Ibnu Juraij menjelaskan, bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dgn Salman al-Farisi. Selesai makan,dia terbiasa segera tidur dan mendengkur.Hal ini menjadi umpatan orang. (HR Ibnu Mundzir)."

....salah silap harap diperbetulkan...

Sunday, July 18, 2010

(fotografi) : seorang penguji

si `penguji`, duduk manadah tangan, melagukan ayat2 suci...
adakalanya mukanya diusapi...seolah2 menangisi, mengundang simpati..
dia mereka lewati, adakalanya berenti, adakalanya diperati... oleh gadis bertopi..
dan adakalanya difotografi.... oleh Ramzani...
adakalanya dia kembali memerhati...
walaupun sentiasa dia mereka kelilingi....
*apa kebendanya aku tulis ni....

lokasi : pasar Ahad Wang Prachan ( Wang Kelian, Perlis ). 18 Julai '10.. PAGIIII...

Saturday, July 17, 2010

today`s cha habaq mai (11) : jgn menghina

satu petang masa dok makan nasi kandaq kat market Kangaq. selang beberapa meja duduk seorang ayah dengan anak. mai la seorang peminta sedekah (agak kurang siuman) yg agak femes dalam Kangaq ni, pi kat meja tadi sambil tunjuk2 1 jari (minta RM1), tapi si ayah tadi balas balik tiru gesture tu sambil gelak2 pandang keliling (nak ajak org gelak sama kut), peminta sedekah tu macam malu2. semua orang buat taktau. si ayah terkedu. peminta sedekah tu pi kat meja lain, orang kat meja tu terus seluk poket, tengok2 ada RM5, terus bagi.. aku tengok si ayah lagi terkedu, kali ni dia pulak malu2.. iktibar utk kita semua, lain kali jangan dok permain menghina orang, tambah2 lagi depan khalayak ramai , tambah2 lagi depan anak2 sendiri...

Friday, July 16, 2010

(agama) : Hadis palsu ( maudhu` )

* Nabi s.a.w. pernah bersabda : (yg bermaksud) "Sesiapa yang berbohong menggunakan namaku maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka" Hadis Sahih riwayat Al Bukhari (hadis no. 1291) dan Muslim ( hadis no. 4).

dulu bila disebut atau baca hadis tu hadis ni, tak penah terlintas kata wujudnya hadis palsu. Hadis palsu ? boleh ada ka ? sapa yang sanggup palsukan hadis?

rupa2nya Nabi s.a.w. pernah bagi amaran :(yg bermaksud) "Akan ada pada akhir zaman umatku sekumpulan manusia bersifat seperti dajjal dan pembohong yang memberitahu kamu tentang hadis yang kamu tidak pernah mendengarnya dan juga tidak pernah didengari oleh bapa-bapa kamu. Janganlah mereka mendekati kamu dan janganlah kamu mendekati mereka. Janganlah mereka menyesatkan kamu dan menjatuhkan kamu ke dalam fitnah " Hadis sahih riwayat Muslim dalam pendahuluan Sahih Muslim (hadis no. 15 ).

- bila start mai hadis palsu ni ? : dikatakan bermula pada sekitar 40H, di mana masyarakat Islam time tu dah berpecah & berselisih selepas kejadian pembunuhan Khalifah ke-3, Uthman bin Affan.

- pasai apa depa tergamak buat hadis palsu ni ? : menurut Ali al Qari (1014H),
1) orang yg terlalu tenggelam dalam zuhud tanpa ilmu, sampai lupa tak boleh nak beza antara hadis dgn kata2 orang lain.
2) periwayat hadis yg tak hafal hadis2 depa. bila jadi apa2 kat buku depa, depa tak boleh nak ingat balik dengan tepat pasal hadis tu.
3) orang soleh tapi tersilap sebut hadis sebab terlalu tua & nyanyuk
4) orang yg tersilap meriwayat hadis2 palsu, tapi bila ditegur takmau tarik balik hadis tu sebab sombong.
5) orang yg jahat sengaja nak menyesatkan umat Islam.
6) orang yg taksub dgn mazhab masing2, depa create hadis nak bagi kuat mazhab depa
7) orang jahil, sengaja reka hadis kononnya nak galak orang beribadat & takut maksiat
8) orang yg kata takpa letak sanad (sanad : pengumpul&penulis hadis) pada kata2 yg indah.
9) pengampu yg nak bodek pemerintah
10) penceramah2 yg nak tarik perhatian & nak jadi masyhur dalam masyarakat.

so, depa2 ni memang ada yg dengan jahat & sengaja, dan ada juga yg tersilap @ jahil.

contoh hadis2 palsu yg popular dalam masyarakat kita,

1) " Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China "
2) " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "
3) " Tidur selepas subuh @ waktu pagi menghalang rezeki." ada juga ulama kata hadis ni hadis dhaif
4) Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah yg tak bayar zakat.
5) " Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri." - di kategorikan sebagai hadis dhaif
6) " Kebersihan itu separuh daripada iman." - di kategorikan sebagai hadis yg sangat dhaif.
7) " Perselisihan dalam umatku adalah rahmat."
8) " Sabar itu separuh daripada iman " - di kategorikan sebagai hadis dhaif, kerana dipercayai mai dari Sahabat bukan dari Nabi s.a.w.
9) " Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu." - dikategorikan sebagai hadis dhaif, kerana dipercayai mai dari ulama Tabiin bukan dari Nabi s.a.w.
10) " Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput."

point2 di atas bersumberkan dan aku ringkaskan dari http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis
. kalau nak lebih detail sila pi baca kat sana.

So, kawan2, kadang2 kita terlalu ghairah nak `forward`kan email2 nasihat dan sebagainya, di mana dalam email2 tu ada terkandung hadis2 tertentu. La ni pakat2 berhati2 la, kalau hadis tu tak disertakan periwayatnya @ sanadnya ( cth, al-Bukhari, Muslim dll ), tak payah la nak forward. kalau nak forward jugak, amik inisiatif check sendiri refer kat pakcik `google` ka mana2 ka. Nanti tak pasai2 kita `mendusta` atas nama Nabi s.a.w...

* sedikit panduan pasai periwayat hadis :
1) al-Bukhari : diyakini sahih & hasan
2) Muslim : diyakini sahih & hasan
3) Sunan Ibn Majah : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
4) Sunan Abu Daud : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
5) Sunan al Tirmizi : dikatakan terdapat hadis2 dhaif & palsu
6) Sunan al Nasaai : dikatakan bersih dari hadis palsu

sedikit pemahaman dari aku yg masih belajar. salah & silap harap diperbetulkan..

today`s cha habaq mai (10) : bersangka baik...

masa berenti kat lampu merah tadi, kat depan ada satu motor dua orang naik, yg kat belakang tu pakai seluaq sekerat, nampak betis, peluk orang depan bukan main, macam couple, ingatkan perempuan, perati punya perati, gaya body macam lelaki, takkan... isk tak baik pikiaq bukan2.. buat kesimpulan, orang kat belakang tu sakit kut pening kut, maybe on the way pi klinik, so maybe dia peluk kuat2 tak bagi jatuh moto...try potong tengok (sibukbadan), rupa2nya budak lagi yg kat belakang tu, peluk ayah dia kut, tengok gaya macam tak berapa `sihat`.. nyesal pikiaq bukan2....

Tuesday, July 13, 2010

(agama) : aku Wahabbi ?

kita boleh di`cop` Wahabbi kalau,
1) tolak hadis dhaif
2) semasa wuduk, basuh telinga dengan air basuhan rambut ( sekali harung..)
3) azan jumaat sekali saja, iaitu lepas khatib naik mimbar, dan khatib terus baca berkhutbah lepas azan ( macam masjid kat Perlis )
4) tak baca doa ramai2 antara dua khutbah Jumaat ( macam masjid kat Perlis )
5) tak angkat tangan & aminkan doa imam di akhir khutbah kedua Jumaat
6) tak baca `usolli` sebelum angkat takbir
7) baca `bismillah` pelan sebelum al-fatihah ( macam masjid kat Perlis )
8) angkat tangan paras bahu ( bukan paras telinga ) waktu bertakbir
9) letak tangan atas dada waktu `qiyam`
10) tak baca qunut dalam solat Subuh ( macam masjid kat Perlis )
11) tak tambah `wa bihamdih` dalam tasbih rukuk & sujud
12) tak sapu muka lepas bagi salam (selesai solat)
13) solat terawih 8 rakaat ( macam masjid kat Perlis )
14) tak baca zikir @ selawat antara 2 solat terawih ( macam masjid kat Perlis )
15) tak tambah `saiyidina` dalam selawat
16) menggerakkan jari telunjuk masa tahiyat
17) tak sembahyang sunat lepas azan seblum khutbah Jumaat (macam masjid kat Perlis)
18) tak berzikir, wirid & berdoa ramai2 lepas solat ( macam masjid kat Perlis )
19) tak baca Yasin di malam Jumaat
20) tak guna tasbih
21) tak baca Yasin di malam nisfu Sya`ban
22) tak angkat tangan waktu berdoa ( doa azan, doa makan, doa wuduk, dll )
23) tak sapu muka lepas baca doa
24) tak sokong baca talkin
25) tak buat majlis tahlil & baca Yasin & kenduri arwah
26) tak baca al-Quran di kubur
27) tak mau duduk atas kubur
28) tak berarak sambut Maulidur Rasul
29) tak bermarhaban & berzanji

...kadang2, dalam berbalah & berselisih dalam bab ibadat, kita terlupa sunnah nabi yg lain, iaitu menjaga hubungan baik sesama muslim. Kita dok lawan mengata, mengutuk, bubuh nama panggilan, memperlekeh, dan mengaibkan sesama muslim. Hilangnya adab dalam berselisih pandangan....

today`s cha habaq mai (9) : sabar

" sabar = tahan "
" 4 jenis sabar : 1. sabar daripada musibah / dugaan
2. sabar dalam melakukan ketaatan
3. sabar dalam meninggalkan kemungkaran
4. sabar dengan ketentuan Allah "

- sumber : ustaz Fathul Bahri .. kuliah Maghrib, masjid Behor Temak, 10 Julai'10.