"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Sunday, August 21, 2011

today's quote (7) : bencana sosial

lebih kurang macamni :
" ..kita dalam masjid ni rasa aman, tapi bila kita keluar pi sana, macam2 masalah sosial ada, la ni dah tak kata dah masalah sosial, masalah sosial tu ketinggalan zaman, la ni kita kata BENCANA SOSIAL.., dengan rempitnya, dengan bohsianya ..."

oleh : Ust Mukmin, tazkirah terawih, masjid Pdg Katong, Kangar. 19/8/11.

Saturday, July 23, 2011

(agama) muflis ..

artikel asal : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1825-apabila-allah-swt-istiharkan-muflis.html

KHA, 10 MAC 2011 09:58 | SUZIANA CHE WIL | EDITOR: TEAM TABLOID

Apabila Allah SWT Istiharkan Muflis

alt

Muflis, bankrap, rugi dan segala perkataan yang membawa maksud ke arah itu menjadi ketakutan sesiapa sahaja. Mereka mula terbayangkan hidup tanpa harta, hilang keseronokan, tidak mampu bermewah-mewahan, hilang kawan dan segala-gala keseronokan di dunia. Itu yang menjadi ketakutan mereka.

Beberapa kerat sahaja yang terfikirkan mengenai kebankrapan yang boleh terjadi di alam akhirat. Ramai tidak menyedari bahawa itu lebih memeritkan.

Namun manusia, sentiasa alpa dan lupa bahwa adanya kehidupan selepas kematian. Inilah tempat yang kekal dan segala kebaikan dan kejahatan akan mendapat pembalasan di sini.

Pernahkah kita menguji minda dan diri untuk memikirkan sesuatu yang lebih jauh daripada pandangan mata kasar. Pernahkah bertanya siapakah di antara kita yang dikira mereka yang muflis.

Dan pernah pertanyaan begini ditanya pada zaman Rasululullah SAW. dan para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta (aset)".

Jawapan tersebut adalah berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Begitu jugalah pada zaman kini. Apabila disebut perkataan muflis maka terlintas di fikiran mengenai seseorang yang tidak berduit dan harta dan memiliki hutang yang tidak mampu dibayar.

Namun begitu, Rasulullah SAW. pernah bersabda dan menerangkan mengenai maksud dan pengertian muflis itu yang sebenarnya. Sabdanya bermaksud, " Orang yang muflis dalam kalangan umat ku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama dengan pahala solat, zikit, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama juga dia membawa dosa memaki hamun, memfitnah, memakan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Waktu perbicaraan di ambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Sekiranya telah habis pahalanya diambil pula dosa-dosa mangsanya, lalu dibebankan kepada si muflis. Lalu dihumbankan ke dalam neraka." –Riwayat Abu Hurairah-

Pastikan Modal Cukup Untuk ke Akhirat

Alam dunia dan alam akhirat pasti akan berbeza. Jika di dunia mata wang Ringgit Malaysia, dolar, riyal, dinar dan sebagainya menjadi kegilaan. Tetapi di akhirat mata wang itu semua tidak akan dipedulikan lagi. Malahan ia tidak membawa apa-apa nilai sekalipun.

Dan pastinya mata wang itu tidak akan 'laku' untuk diperdagangkan dan dipersembahkan untuk dijadikan modal menebus setiap perkara yang telah dilakukan. Di alam akhirat mata wang yang akan dikira ialah dosa dan pahala. Kedua-dua mata wang ini akan menjadi bukti apa yang telah dilakukan ketika di dunia oleh pelakunya.

Di akhirat kelak, bukan sahaja mereka yang tidak mencukupi modal akan dikira muflis tetapi juga manusia yang pernah melakukan dosa ke atas manusia lain tanpa dia sedari ataupun dengan sengaja dilakukan.

Misalnya, mereka yang secara terangan mencuri harta majikan dan begitu juga dengan majikan yang membayar gaji pekerja tanpa belas ihsan, mencuri harta orang lain, memaki hamun, mengumpat, memukul orang lain dan pelbagai lagi.

Mereka ini tergolong dalam golongan orang yang muflis walaupun telah membawa modal dikira mencukupi. Apatah lagi jika modal tidak seberapa, tetapi perlu pula membayar kepada orang lain. Inilah yang dinamakan muflis akhirat.

Jika muflis di dunia pasti ada juga rakan-rakan yang berhati mulia dan sanak saudara yang melihat kesengsaraan kita akan menolong. Diberikan modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Tetapi bagaimana seandainya sekujur mayat itu telah diistiharkan muflis di akhirat? Siapakah yang akan membantu?

Saat ini doa anak-anak yang soleh dan solehah diharapkan. Namun apakah sampai doa yang dinantikan itu. Disebabkan itulah modal daripada diri sendiri perlu berada pada tahap yang selesa.

Dan ketika berada di dunia perlu bijak menyeimbangkan keperluan dunia dan akhirat untuk mengelakkan diri terjerat dalam perangkap muflis dunia bankrap akhirat.

Jelas di sini maksud hadis Rasululullah SAW. yang berbunyi 'bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari'. Seandainya ramai yang mengguna pakaikan maksud hadis ini ke dalam kehidupan seharian maka dia akan terlepas daripada bebanan dunia dan mendapat kesenangan, kemewahan serta kekayaan di akhirat kelak.

Oleh itu, jika kita sebagai hamba-Nya bijak menyusun atur kehidupan, pasti istilah muflis dunia dan bankrap akhirat dapat dielakkan.

Dan jika diberi pilihan, biarkan muflis dunia kerana masih ada ruang dan peluang untuk berubah daripada mendapat kesengsaraan dan 'malu besar' apabila diistiharkan bankrap dan muflis oleh Allah SWT di akhirat kelak. Ini kerana sudah tiada ruang untuk berubah dan pastinya neraka tempat untuk membayar segala hutang kebankrapan itu.

Renunglah maksud ayat daripada surah al-Kahfi ini, "Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan." (al-Kahfi 45-46)

Sunday, July 17, 2011

today's quote (6) : bagi malaikat masuk...

- lebih kurang macamni,

" ada malaikat yg tugasnya mencari majlis ilmu dan mencatat nama2 mereka yg hadir di dalam majlis itu, sebab tu bila kita tanya anak2 jemaah yg dok kat luar masjid,
" awat tak masuk dengar kat dalam ? ", maka depa pun jawab,
" takpa la...kami bagi can kat malaikat masuk, nanti kami masuk penuh pulak masjid,
malaikat pulak takda ruang nak masuuuukkkk.... "

- oleh Ust Ahmad Rizal, forum @masjid Pdg Katong, Kangar. 16/7/11.
- he he, kena sedas...

Saturday, June 25, 2011

today's asbabun nuzul (35) : hijrah ..

(29) Al-`Ankabut : 56
" Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sungguh, bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku (saja)."

asbabun nuzul : Ketika kaum muslimin hendak melaksanakan perintah hijrah ke Madinah, mereka merasa khuatir bila meninggalkan Mekah, mereka akan mendapatkan keadaan yang lebih sulit, seperti kelaparan dan kekurangan harta benda. Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai jaminan dari Allah dan supaya kepada Allah mereka mengabdi. (At Tafsir Al Wajiz 'ala Hamisil Quranil 'Azdim, 404 ).

Sunday, June 12, 2011

today's char habaq mai (16) : `bayar cash...`

..kisah benar untuk peringatan bersama...

AC (bukan nama sebenar) sedang memandu untuk ke satu event di destinasi. 10 minit ~ 15 minit lagi akan masuk waktu Maghrib. Tak jauh dari situ AC akan melalui masjid A. Sempat lagi kalau AC nak singgah dan mendapat takbir pertama dengan imam. Tapi AC mengambil keputusan untuk singgah di masjid B yang mana lebih dekat dengan destinasi yang dituju. Kerana, dalam kiraan AC, "kalau aku singgah, maunya kena tunggu qamat 10 minit lagi, dah la imam masjid ni tua baca lambat pulak tu, kang 8 lebih baru habis nanti kalut2 pulak nak berkejar ke tempat tu... semayang kat sana la senang siket, at least dah dekat dah..."

Tapi tak lama lepas tu timbul rasa kesal dan bersalah di pemikiran AC. "macam tak patut la pulak..". Lalu AC pun memperlahankan kereta sebab dah masuk area masjid A. Bila2 masa saja masjid A akan muncul. AC selalu singgah di masjid ni so dia arif benar akan lokasinya. Tangan AC bersedia nak bagi signal, masjid A sepatutnya sudah dekat. Tunggu masa saja nak nampak menara dan kubah masjid A yang terletak ditengah sawah dan tepi jalan ni...

"dah dekat..", AC pun makin slowkan kereta dan berkira2 nak belok ke kiri. Tapi, "aik? mana jalan dia? mana masjid ni? " . AC terkejut. "masjid ni sepatutnya kat sini..". "takpa depan sikit lagi kut..". AC jalan lagi.. tapi makin lama AC terasa makin jauh dari lokasi yang sepatutnya. "?????, aiikkk.... mana pi masjid tu.. takkan ghaib kut?" AC kebingungan.. AC memang pasti akan lokasi masjid tu.
Maka terlintas di hati AC, " Tuhan nak uji aku? nak tunjuk something ? tadi aku lebih pentingkan event tu, compare dengan semayang berjemaah. Gamaknya Tuhan tak mau aku jadi tetamu rumah dia..." ... Timbul sesal di hati AC.

Peringatan, kalau kita berkira masa nak menyahut seruan Tuhan, Tuhan pun tak teringin nak jumpa kita, tapi kalau kita sanggup bersusah payah nak berjumpa dia, Tuhan akan menyenangkan urusan kita, insyaAllah....

Akhirnya, AC tiba di lokasi dengan kiraan masa yang sama jika AC bersembahyang di masjid A tadi, sebab AC terperangkap dalam traffic-jam dan melilau 2,3 kali mencari masjid B dan lokasi event itu tadi...

..sekian.