"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Thursday, December 30, 2010

todays asbabun nuzul (15): cara berdoa..

Al-A'raf : ayat 205 ~ 206
" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lalai. Sesungguhnya orang2 yang ada di sisi Tuhanmu tidak merasa enggan untuk menyembah Allah dan mereka mensucikan-Nya dan hanya kepada-Nya mereka bersujud. "

asbabun nuzul : Abu Musa al-Asy'ari memaparkan bahawa suatu ketika, para sahabat Rasulullah mengeraskan suara dalam berdoa. Rasulullah kemudian bersabda, "Wahai umat manusia, pelankan suaramu! Sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Zat yang tuli dan bukan yang ghaib. Sesungguhnya Ia adalah Zat Maha Mendengar dan Mahadekat." Maka itu, turunlah kedua ayat ini. (HR.Bukhari dan Muslim)

Tuesday, December 28, 2010

today's cha habaq mai (14) : 7 billion

menurut NatGeo, pada penghujung 2011, kita adalah salah sorang drpd 7 billion (7,000,000,000) orang di atas muka bumi ni ( dah lama NASA tak hantaq Apollo pi bulan, kalau tidak kurang 3.. ). Besaq mana 7 billion ni, jom kita lihat fakta2 dari NatGeo ni...
1) perlu masa 200 tahun kalau nak bilang kuat2 1 sampai 7 billion
2) boleh pusing dunia 133 kali pusingan dgn 7 billion langkah..
3) pada tahun 1800, penduduk dunia ada 1 billion, 130 tahun kemudian pada 1930 ada 2 billion, 1960 ada 3 billion, 1974 ada 4 billion, 1987 ada 5 billion, 1999 ada 6 billion, 2011 ada 7 billion, 2045 mungkin ada 9 billion..
4) setiap saat lebih kurang 5 orang bayi dilahirkan, dan lebih kurang 2 orang meninggal dunia..
5) pada 2010, purata jangka-hayat adalah 69 tahun, pada 1960 adalah 63 tahun. so manusia sekarang hidup lebih lama dan dunia semakin padat.
6) bermula 2008, lebih ramai orang dok di bandar berbanding kawasan pendalaman
7) `megacity` adalah bandar yg berpopulasi lebih dari 10 juta orang, pada tahun 1975 cuma ada 3 `megacity`, Mexico City, Tokyo, dan New York City, sekarang ada 21 `megacity`, dan menjelang 2050, 70% daripada kita akan dok di `megacity`.
8) tapi 7 billion ni sebenarnya tak makan ruang sangat, kalau semuanya berdiri berlaga bahu pun, kita cuma akan penuhkan bandar Los Angeles sahaja.. so bukan ruang yg jadi isunya, isunya adalah `keseimbangan`.. sebab, 5% drpd kita guna 23% sumber tenaga dunia, 13% tak ada sumber air bersih, 38% tak ada sistem jamban yg cukup & sempurna..
9) 7 billion orang bercakap dalam 7000 bahasa & tinggal di 194 negara

so NatGeo kata ada 7 billion reasons to think about 7 billion..

Monday, December 27, 2010

today`s asbabun nuzul (14) : memaafkan...

Al-A'raf : ayat 199
" Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf*, serta jangan pedulikan orang2 yg bodoh**."

asbabun nuzul : 'Uyainah menjelaskan bahawa pada suatu waktu, org2 musyrikin Mekah telah menyakiti hati Rasulullah selama 10 tahun. Saat Rasul hijrah ke Madinah, baginda hendak membalas dendam terhadap mereka dgn mengadakan rencana penyerbuan ke Mekah. Maka itu, turunlah ayat ini. (HR.Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim)

* sesuatu yg baik
** jahil

Saturday, December 25, 2010

today`s asbabun nuzul (13) : mencaci berhala

Al-An'am : ayat 108
" Dan janganlah kamu memaki sesembahan yg mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik perbuatan mereka. Kemudian kepada Tuhan, tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yg telah mereka kerjakan."

asbabun nuzul :
Ibnu Abbas menuturkan bahawa mencaci maki berhala, yg menjadi sesembahan kaum kafir, telah menjadi kebiasaan kaum Muslim. Kerana itu, orang2 kafir datang kepada Rasulullah dan berkata, `Hai Muhammad, hentikan caci maki kalian terhadap tuhan kami ! Atau kami berbalik mencaci maki Tuhanmu.` Maka itu, turunlah ayat ini yg melarang Rasul dan kaum Muslim mencaci maki para berhala yg menjadi sesembahan kaum kafir. (HR.Abdurrazaq).

Friday, December 24, 2010

today`s asbabun nuzul (12) : orang kaya orang miskin

Al-An`am : ayat 53
" Demikianlah, Kami telah menguji sebahagian mereka (orang yg kaya) dengan sebahagian yang lain (orang yg miskin), agar mereka (orang yg kaya itu) berkata, `orang2 semacam inikah di antara kita yg diberi anugerah oleh Allah?' (Allah berfirman), 'tidakkah Allah lebih mengetahui tentang mereka yg bersyukur (kepada-Nya)? "

asbabun nuzul : Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, " suatu hari, enam org sahabat, di antaranya aku dan Abdullah bin Mas'ud, sedang berada di samping Rasulullah. Saat itu, para kafir Quraisy berkata kepada Rasul, `Usir mereka! Sesungguhnya kami sangat malu menjadi pengikutmu jika pengikutmu seperti mereka yg hina itu.` Rasul merasa sakit hati. Kerana itu, turunlah (kedua) ayat ini yg melarang kaum Muslim menilai mertabat seseorang dan membezakan pangkat dan kedudukan dalam pergaulan." (HR.Ibnu Hibban dan Hakim)