"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Saturday, April 28, 2012

today's hadith (1) : berbaiat

Hadis pilihan sempena nak mai pilihanraya ni...

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda, " ada 3 orang pada hari kiamat tidak diajak bicara oleh Allah, tidak dipandang, tidak disucikan dan mendapat seksa yg pedih, iaitu ; orang yg punya kelebihan air di gurun, tapi tidak mahu memberikannya kpd musafir; orang yg membuat perjanjian dagangan dan dia bersumpah demi Allah telah mengambil barang itu dgn harga sekian, padahal sebenarnya tidak demikian; orang yg berbaiat kpd pemimpin utk kepentingan dunia. Jika si pemimpin memberikan keuntungan duniawi kepadanya, dia penuhi janjinya, tapi bila tidak, maka dia tidak penuhi janjinya." (HR Muslim, 157).

Friday, April 6, 2012

today's asbabun nuzul (36) : bagi salam

(24)An-Nur:27
" Wahai orang2 yg beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yg bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat."


asbabun nuzul : Diriwayatkan dari Ibnu Jarir dari Al`Adi bin Tsabit, dia berkata, "Seorang wanita Ansar datang dan berkata kepada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, aku sedang berada di rumah dan dalam keadaan tidak ingin seorang pun melihatku. Akan tetapi, ada seorang laki-laki dari keluargaku yg terus menerus meminta untuk menemuiku, sedangkan aku tidak ingin ditemui dalam keadaan seperti itu. Apakah yg harus aku perbuat?' Kemudian, turunlah ayat ini." (Lubabun Nuqul :143)

Sunday, March 4, 2012

today's quote's (8): tawaduk

" Tawaduk adalah perasaan rendah diri seseorang ketika melihat orang lain. Mereka berfikir, 'barang kali mereka lebih baik dan lebih tinggi drpd aku di sisi Allah.' Ketika melihat orang yg lebih muda, mereka berkata, 'mereka belum melakukan maksiat kpd Allah, sementara aku telah bergelumang dosa. Dia lebih baik drpd aku.' Bila bertemu dgn orang yg lebih tua, mereka berkata, 'inilah hamba Allah yg lebih dahulu hidup di dunia ini.' Bila bertemu dgn orang berilmu, mereka berucap, 'orang ini mendapat anugerah yg tidak kudapat. Dia memperoleh apa yg tidak kuperoleh. Dia berilmu, sementara aku bodoh. Dia juga mengamalkan ilmunya.' Jika bertemu dgn orang bodoh, mereka berkata, 'mereka bermaksiat kpd Allah kerana tidak tahu, sedangkan aku bermaksiat padahal aku tahu bahawa itu maksiat. Aku tidak tahu bagaimana hidupku berakhir dan tidak tahu pula bagaimana hidupnya berakhir.' Jika seseorang hamba seperti itu, dia akan selamat dari seksa Allah". - oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

sumber : The Wisdom of Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani

Saturday, September 24, 2011

(fotografi) : kisah di sebalik gambar

.. dari dalam kereta, aku ternampak anak anjing ni dok mundar mandir dalam longkang. Terus aku snap gambar ni dengan kamera yg sentiasa dok standby atas riba ( utk projek 365 ni.. ). Lepas tu baru aku perasan yg dia cuba nak keluar dari longkang tu tapi kaki dia tersekat & terbenam dalam selut.
Aku pun keluar dari kereta, pi dekat2 sambil dok pikiaq macamna nak buat. Kawasan tu sunyi, lorong belakang rumah2 kedai, takda orang keliling. Nak pi pegang bawak naik aku ni phobia sikit dgn anjing ( *pengajaran : jgn takutkan anak2 kecik anda dgn anjing.. ), perati punya perati aku nampak sekeping papan, aku ambik papan tu & letak dalam longkang dekat2 anjing tu, konon2nya sebagai tangga la.. dah nama pun binatang gamaknya dia tak paham kut apa itu TANGGA, so dia still cuba2 nak panjat tebing & still tak boleh..
Tak semena2 muncul sorang pakcik berjanggut putih ala2 ex-tabligh-masuk-Sunnah ( aku sorg je kut yg paham.. ),

pakcik : awat tu tak boleh keluaq ka..
aku : aa aa,
pakcik : anjing ni gigit ke dak ni ?
aku : isk tak sure la pakcik, tak try pun lagi ..

pakcik tu pun dgn selambanya pi pegang belakang leher anjing tu dan bawak naik atas tebing ( macam mak kucing gonggong anak dia ). Lepas tu anjing tu sempat kelepiaq2 sikit kaki dia dan lari dari situ ( nasib baik ayaq acaq tak mercik kena kami ).

pakcik : anjing kering takpa bole pegang,
aku : kalau basah kena samak le kan ..?
pakcik : basah pun tak payah samak, kalau kena ayaq lioq dia saja yg nak kena samak, awak dok pi mengaji kat masjid Padang Katong takkan tau ..?
aku : penah dengar, cuma was was..
pakcik : takyah was was, ayaq lioq dia saja kena samak ..

pakcik tu pun berlalu dari situ. Aku pun masuk balik dalam kereta & dok pikiaq2 balik kata2 pakcik tu .. kebetulan tak lama lepas hari tu, timbul isu `foto artis pegang anjing` ... ni serba sikit panduan pasal hukum pegang anjing untuk panduan bersama : link