Al-An`am : ayat 53
" Demikianlah, Kami telah menguji sebahagian mereka (orang yg kaya) dengan sebahagian yang lain (orang yg miskin), agar mereka (orang yg kaya itu) berkata, `orang2 semacam inikah di antara kita yg diberi anugerah oleh Allah?' (Allah berfirman), 'tidakkah Allah lebih mengetahui tentang mereka yg bersyukur (kepada-Nya)? "
asbabun nuzul : Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, " suatu hari, enam org sahabat, di antaranya aku dan Abdullah bin Mas'ud, sedang berada di samping Rasulullah. Saat itu, para kafir Quraisy berkata kepada Rasul, `Usir mereka! Sesungguhnya kami sangat malu menjadi pengikutmu jika pengikutmu seperti mereka yg hina itu.` Rasul merasa sakit hati. Kerana itu, turunlah (kedua) ayat ini yg melarang kaum Muslim menilai mertabat seseorang dan membezakan pangkat dan kedudukan dalam pergaulan." (HR.Ibnu Hibban dan Hakim)
Friday, December 24, 2010
Thursday, December 23, 2010
today`s asbabun nuzul (11) : insya-Allah...
Al-Kahf : ayat 23~24
" Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,`Aku pasti melakukan itu besok pagi,`. Kecuali (dengan mengatakan), `Insya-Allah.`, Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah,`Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."
asbabun nuzul : Ibnu Abbas menerangkan bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dgn jawapan tergesa Rasulullah ketika orang2 Quraisy datang dan bertanya kepada baginda tentang kisah para pemuda zaman dahulu yg tertidur di gua (Ashhabul Kahfi). (HR. Ibnu Ishaq)

Wednesday, December 22, 2010
today`s asbabun nuzul (10) : jgn menghina & mencela
Al-Hujurat : ayat 11
" Wahai orang2 yg beriman ! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yg lain, (kerana) boleh jadi mereka (yg diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yg mengolok-olok), dan jangan pula perempuan2 (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yg diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yg mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar2 yg buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yg buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang2 yg zalim."
asbabun nuzul : Abu Jubair Ibnu Dhahak menegaskan, bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dgn seorang lelaki yg mempunyai dua atau tiga nama. Dia dipanggil dgn nama tertentu, agar orang itu tidak senang dgn panggilan itu. (HR.Tirmidzi)

Tuesday, December 21, 2010
today`s asbabun nuzul (9) : halaalan thoyyiba..
Al-Ma'idah : ayat 87~88
" Wahai orang2 yg beriman ! Janganlah kamu mengharamkan apa yg baik yg telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yg melampaui batas. Dan makanlah dari apa yg telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yg halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yg kamu beriman kepada-Nya. "
asbabun nuzul : Ibnu Abbas menuturkan, bahwa kedua ayat ini diturunkan sehubungan dgn seorang lelaki yg suatu ketika datang kpd Rasulullah dan berkata,"Wahai Rasulullah, jika aku makan daging, syahwatku akan meninggi terhadap wanita. Maka itu, aku mengharamkan daging atas diriku." (HR.Tirmidzi) ;
Ibnu Abbas menjelaskan, bahwa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dgn 10 org sahabat, di antaranya Utsman bin Mazh'un dan Ali bin Abu Thalib, yg telah bersepakat utk menjauhi berhubungan dgn isteri, tidak makan daging, dan tidak makan sesuatu kecuali sekadar penguat badan. (HR.Ibnu 'Asakir)
Monday, December 20, 2010
(kesihatan) : mencegah serangan jantung
Pengkaji2 dari Itali berkata, kalau `heart rate` kita dlm keadaan rehat adalah lebih drpd 70 beats per minit (bpm), risiko kita mati sakit jantung akan naik sebanyak 78% (sekadar kajian, apapun ajal Tuhan yg tentukan..). Kalau nak tau berapa `resting heart rate` kita, waktu terjaga dari tidur pagi2 tu, sebelum turun dari katil, sila kira kadar denyutan nadi kat pergelangan tangan selama seminit. Buat selama 3 hari dan kira purata berapa. Biasanya lebih kurang 70 bpm, tapi bagi atlit pula biasanya lebih rendah. Manakala, kalau nak tau heart rate maksima pula, kita kira 220 tolak berapa umur kita ..
Ini antara petua2 utk turunkan heart rate kita..
Ini antara petua2 utk turunkan heart rate kita..
1) `serang` jantung kita. Sebelum diserang, kita serang dulu. contoh, kalau pi jogging, jangan sekadar lari slow2 saja, sekali sekala cuba pecut. Jantung kita akan jadi lebih efektif dimana `dia` akan jadi lebih terlatih dalam mengurangkan kadar degupan utk mengalirkan darah ke seluruh badan. Salah satu cara nak training `dia` yg disyorkan adalah, dgn gunakan heart rate monitor, cuba lari pada kadar 90% rate maksima bpm kita selama 4 minit, kemudian jogging pada kadar 70% selama 3 minit, ulang set tadi sebanyak 3 kali, dan 3 kali seminggu.
2) urut mengurut ... `massage` dapat menenangkan degupan jantung. Perasaan rileks tu dapat mengurangkan penghasilan hormon2 stress seperti adrenalin. Menurut kajian, secara puratanya sesi urut refleksologi ( tangan @ kaki ) selama sejam dapat mengurangkan bpm sebanyak 8 bpm.
3) tidur yg nyenyak.. tidur malam yg terganggu dgn bunyi bising kat luar boleh meng`havoc`kan `heart-rate` kita. Menurut satu kajian yg dibuat di Australia, setelah dikejutkan beberapa kali dgn bunyi ,`heart rate` orang tersebut meningkat mendadak dgn kadar 13 bpm.
4) jangan tahan, lepaskan jer... satu kajian di Taiwan mendapati, melalui ujian terhadap 40 org yg menghadapi simptom2 awal sakit jantung, bahawasanya, apabila menahan drpd membuang air kecil, secara puratanya `heart rate` akan meningkat sebanyak 9 bpm. Apabila pundi kencing mengembang, isyarat `menahan` ini membuatkan `nervous` sistem kita akan terganggu, di mana jantung akan berdegup lebih pantas akibat drpd pengecupan saluran2 koronari kita.
5) minyak ikan.. kajian oleh UCLA mendapati, dgn pengambilan 1 g kapsul minyak ikan setiap hari salama 2 minggu dapat mengurangkan `resting heart rate` sebanyak 6 bpm. Minyak ikan membantu jantung kita ber`respon` lebih baik dgn saraf vanus, di mana saraf ini mengawal kadar degupan jantung kita.
maka sayangilah jantung kita....
* sumber : Men's Health, edisi June 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)