"I have come to the cross-roads in my life. I always knew what the right path was. Without exception, I knew, but I never took it. You know why? It was too damn hard.." : Lt. Col. Frank Slade ( Al Pacino ) in `Scent of a woman`

Pages

Sunday, December 19, 2010

today's asbabun nuzul (8) : berangsur angsur

Al-Furqan : ayat 32
" Dan orang2 kafir berkata, "mengapa al-Qur'an itu tidak diturunkan kepadanya sekaligus?" Demikianlah agar Kami memperteguh hatimu (Muhammad) dengannya dan Kami membacanya secara tartil (berangsur-angsur),perlahan dan benar).

asbabun nuzul : Ibnu Abbas memaparkan, bahwa ayat ini diturunkan berkenaan dgn kaum Musyrikin yg suatu hari berkata, "Jika Muhammad memang seorang Nabi seperti pengakuannya, tentu Allah tak akan menyiksanya dgn menurunkan al-Qur'an ayat demi ayat. Namun, Allah menurunkan al-Qur'an sekaligus." (HR. Ibnu Abi Hatim, Hakim, dan Adh-dhiya').

Wednesday, December 15, 2010

today's asbabun nuzul (7) : tayamum

Al-Ma'idah : ayat 6
" Wahai org2 yg beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, ........ , maka jika kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dgn debu yg baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dgn (debu) itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur."

asbabun nuzul : Aisyah berkata, "Kalungku terjatuh di tengah padang pasir saat kami pulang ke Madinah. Rasulullah menghentikan untanya, kemudian turun utk membantu mencari kalungku. Kemudian, baginda istirehat dan tertidur di pangkuanku. Abu Bakar* datang menamparku dan berkata, `Kamu telah menelantarkan org2 hanya kerana kalungmu.` Tak lama, waktu solat Subuh pun tiba. Rasul terbangun dan berusaha mencari air utk berwudhu. Namun, baginda tidak menemukan air. Lalu, turunlah ayat ini." (HR.Bukhari)

*Abu Bakar : bapa Aisyah

today`s asbabun nuzul (6) : bangkai

Al-Ma'idah : ayat 3
" Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yg disembelih bukan atas (nama) Allah, yg tercekik, yg dipukul, yg jatuh, yg ditanduk, dan yg diterkam binatang buas, kecuali yg sempat kamu sembelih, ... "

asbabun nuzul : Hibban bin Hajar menjelaskan, bahawa kami bersama Rasulullah ketika aku sedang memasak daging bangkai. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan ayat ini yg isinya adalah mengharamkan bangkai. Setelah itu, aku menumpahkan periuk yg berisi daging bangkai itu. ( HR.Ibnu Mandah )

Tuesday, December 14, 2010

(psikologi) : mmbaca body language (3) - she's into you..

utk lelaki2 yg pertama kali keluar date dgn si dia.. adakah dia betul2 suka kat kita..? peratikan `tanda2` ni..

1) senget @ miringkan kepala : dia suka kat kita
:- tak kira samada ke kanan, ke kiri atau ke bawah, tandanya dia selesa dgn seseorang lelaki yg dia lihat atau yg berada di depan dia.

2) meniru perbuatan kita : dia suka kat kita
:- semulajadinya, bila dia betul2 tertarik dgn kita, secara tak sedar dia akan `ikut` apa yg kita buat, cth, kalau kita angkat cawan & minum, dia pun akan buat sama, kalau kita kelip2kan mata, dia pun kelip2 jugak. nak try? cuba bongkokkan & rapatkan sikit badan ke depan, tengok reaksi dia macamana...

3) main2 @ pintal2 rambut bila bercakap dgn kita : dia suka kat kita
:- sejak azali, rambut adalah simbol kecantikan & kuasa perempuan. Bila dia mula main2 rambut dia bila bercakap, itu tandanya dia nak tarik perhatian kita. Tapi kalau yg bertudung pulak, kalau sikit2 dok perbetul tudung, atau pintal2 hujung kain tudung pun boleh termasuk dalam kategori ni jugak.

4) muka dia (pipi) jadi merah2 : dia suka kat kita
:- muka jadi merah2 selalunya dikaitkan dengan malu, tapi jgn anggap dia tak selesa dgn kita. Perempuan bila suka atau tertarik dengan seseorang, darahnya banyak akan mengalir ke muka, yg mana akan buatkan pipinya jadi merah. Malah, kadang2kala bibir dia pun boleh jadi merah & `penuh`.

5) anak mata dia mengembang : dia suka kat kita
:- peratikan anak mata dia. secara semulajadi anak mata kita akan mengembang bila kita nampak benda yg menarik, supaya apa yg kita nampak tu lebih banyak `masuk`..

tapi kalau,

6) dia menyilang tangan berpeluk tubuh : dia tak suka kat kita
:- loud & clear, peluang tertutup. tutup buku.

7) dia letak handbag & purse antara dia dan kita : dia tak berapa mau kat kita
:- boleh ditafsirkan sebagai dia cuba meletak satu barrier atau jarak antara dia dgn kita. petanda tak baik....

8) bercakap dgn laju : dia tak berapa minat kat kita
:- jgn cepat2 anggap dia suka bercakap dgn kita, tengok sama kelajuan dia bercakap. kalau mula2 tu mungkin dia nervous, tapi kalau sampai kesudah pun dok cakap laju jugak, maknanya mungkin dia hanya mau `berkawan biasa` saja dgn kita. sebabnya, perbualan antara dua org yg masing2 terpikat antara satu sama lain biasanya akan lebih slow & `tone`nya lebih lembut..

9) senyum dgn dagu terangkat : dia tak minat kat kita
:- senyum boleh bawak macam2 makna. senyum yg rileks, lembut dgn dagu tak diangkat (jatuh) maknanya dia berminat dgn kita, sebaliknya bila senyum tersengih @ senyum `kontrol` @ senyum penuh, selalunya dgn dagu terangkat, maknanya dia tak berminat sangat dgn kita la tu..

10) menggosok2 leher : dia tak minat dah ?
:- bila dia kata, `nanti la bila2 jumpa lagi`, sambil gosok2 @ usap2 leher, boleh bawa dua makna, memang betul dia nak jumpa, atau tanda2 dia tak bercakap benar. nak tau yg mana satu ? kena la perati 9 tanda2 tadi so boleh la agak yg mana satu dia betul2 maksudkan....

selamat mencuba. aku? takleh cuba dah, dah expired....

sumber : Yahoo!

Friday, November 26, 2010

today`s cha habaq mai (13) : jangan cabar Allah

lebih kurang begini : " azab diturunkan kpd umat2 terdahulu sbgai balasan atas2 dosa2 mereka. pernyataan seperti `kami bersedia utk gelombang kedua` adalah satu pernyataan yg kurang ajaq, seolah2 mencabar kuasa Tuhan. inilah jadinya kalau kita menafsirkan banjir baru2 ini sebagai `bencana alam` bukan `bala bencana`. kita jadi tak sedar, malah masa banjir tu pun di tempat2 penempatan banjir sekalipun masih ramai yg lalai tak solat & tutup aurat. sedangkan banjir itu adalah peringatan atas dosa2 kita. "
tazkirah Subuh, oleh imam masjid Padang Katong,Kangar. Jumaat, 26 Nov.'10.